Haliza Misbun pilih jejaka Inggeris sebagai suami

PELAKON Haliza Misbun selamat bergelar isteri kepada jejaka British, Matthew John Rodgers, 48, dengan sekali lafaz di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, pada petang Sabtu.

Perkahwinan ‘Cinderella Malaysia’ itu dengan duda anak satu yang juga perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu sekali gus melenyapkan teka-teki status sebenar pelakon drama itu.

Menurut Haliza dia menjalinkan hubungan persahabatan dengan Matthew sejak empat tahun lalu.

“Ini adalah perkahwinan pertama saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selama ini, saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.

Sementara itu, Haliza berkata dia mula serius memikirkan mengenai perkahwinan ini selepas melihat kesungguhan Matthew bertemu keluarganya.

“Saya akui, suamilah lelaki pertama yang saya berani bawa bertemu keluarga selepas setahun menjalin hubungan cinta. Saya yakin dengan kesungguhannya untuk menjalinkan hubungan serivs. Kami juga terbuka dalam pelbagai aspek.

“Mungkin disebabkan usia sebaya menjadi faktor keserasian dan saling memahami,” katanya lagi.

Sejurus selesai upacara akad nikah, pasangan mempelai diraikan di sebuah dewan di lokasi yang sama.

Haliza berkata, suaminya melakukan rakaman secara langsung menerusi laman Facebook untuk berkongsi detik sejarah bersama keluarga dan kenalan rapat di England.

“Keluarga dan kenalan rapat suami tidak dapat hadir disebabkan sempadan negara tidak dibuka dan p4ndemik Covid-19. Namun, suami mahu juga ahli keluarga melihat secara virtual,” katanya.

 

 

Sumber:mstar