Bukan p0lis Perak, suami Serina disi4sat

Pegawai polis berpangkat inspektor yang dikaitkan dengan kontrversi perkahwinannya bersama pelakon, Serina Redzuawan, tidak bertugas di Kontinjen Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pegawai berkenaan telah bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sejak 2019.

“Sebelum ini, pegawai terbabit bertugas di Perak sebagai pegawai trafik namun telah bertukar ke Kontinjen Perlis pada 2019.

“Saya difahamkan, satu kertas si4satan tatatertib telah dibuka oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perlis ke atas pegawai terbabit kerana tidak memohon (kepada jabatan) untuk berkahwin kali kedua,” katanya.

Menurut Mior Farid, dalam situasi itu, tindakan tatatertiib boleh diambil ke atas pegawai terbabit sekiranya sias4atan mendapati dia tidak memohon kebenaran berkahwin dua dari jabatan.

Namun katanya, beliau difahamkan perkahwinan pasangan itu didaftarkan secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Bergantung kepada sias4tan (bentuk hukvman). Bagaimanapun, saya tidak mahu k0men lanjut isu ini kerana sias4tan dijalankan JIPS Perlis,” katanya.

Semalam, seorang wanita yang juga seorang pensyarah mend4kwa suaminya bernikah secara senyap dengan anak Chef selebriti terkenal itu di Perlis pada pertengahan Februari dan dia pula dicer4ikan lelaki itu pada 9 Mac lalu.

Sehubungan itu, wanita berusia 34 tahun itu membuat aduan kepada JIPS Perak pada 2 Mac kerana mend4kwa perkahwinan itu berlangsung tanpa kebenarannya selaku isteri pertama.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: K0smo