Ini sebabnya Lee Kwang Soo tiggalkan Runnig Man selepas 11 tahun bersama

Selepas Kang Gary meniggalkan rancangan variasi popular Korea iaitu Running Man, terkini Lee Kwang Soo pula mengucapkan bakal mengucapkan selamat tiggal setelah lebih 11 tahun bersama program kegil4an ramai itu.

Menurut jurucakap SBS selaku penerbit, keputusan berkenaan bukan mudah namun mreka terpksa reda dan menghormati keputusan dibuat Kwang Soo, 36, itu.

“Anggota Running Man dan kru produksi semuanya terbabit dalam perbincangan panjang mengenai hasrat Kwang Soo meninggalkan program itu. Namun, semua menghormati keputusannya.

“Selepas terbabit dalam kemalagan jalan raya tahun lalu, dia menjalani terapi fizikal berterusan dan pada masa sama bekerja keras menjayakan rakaman Running Man. Ia bukan tugas mudah menyebabkan dia akhirnya menyuarakan dile.ma itu.

“Walaupun kami masih berbesar hati untuk terus bekerja dengannya, keputusan Kwang Soo adalah lebih penting. Memang sediih untuk mengucapkan selamat tiggal, namun kami akan terus menyokog kerjayanya selepas ini,” kata jurucakap itu.

Kwang Soo yang merupakan seorang pelakon itu menjadi tonggak utama kejayaan program itu sejak diterbitkan pada 2010.

Terdahulu, agensinya King Kong by Starship memaklumkan penggambaran terakhiir Kwang Soo untuk program itu adalah pada 24 Mei ini. Setakat ini, SBS belum ada perancangan mencari penggntinya.

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH