Dik0mpaun RM 50,000 peniaga colek rela masuk penj4ra

Belum pun reda kisah peniaga burger dikenakan k0mpaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa malam kelmarin, seorang peniaga colek di Kampung Chekok Tengah turut dikenakan k0mpaun membabitkan jumlah yang sama.

Menurut Mohd Azizi Mohd Nor, 42, dia berniaga colek pada sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan PM rumahnya terkejvt apabila didatangi beberapa anggota polis jam 11.20 malam kelmarin.

Katanya, tanpa bertanyakan maklumat lanjut terhadap dia dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, anggota p0lis berkenaan terus menulis k0mpaun dengan jumlah RM50,000 bagi kesala4an beroperasi lebih masa.

“Saya terkej.ut dan terkedu melihat jumlah k0mpaun yang dikenakan, sedangkan untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun susah kerana berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.

“Sebenarnya ketika anggota p0lis tiba, saya sudah menutup kedai jam 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup. Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama.

“Pada masa sama saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Azizi berkata, dia yang mempunyai lima anak yang masih bersekolah selain perlu menaggung tiga anak saudara sudah tentu tidak mampu membayar jumlah k0mpaun berkenaan.

“Jangan kata RM50,000, jika dikuragkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih rela memilih untuk masuk penj4ra.

“Ini kali pertama saya dikenakan k0mpaun tetapi sudah dikenakan RM50,000. Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri berniaga mee celup pada hari biasa.

“Cuma setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, saya dan isteri berniaga colek pada waktu malam,” katanya.

Disebabkan bu.ntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, dia sudah ke Pejabat Kesi.hatan Daerah semalam untuk membuat rayu.an dan sehingga kini mereka masih bvntu dengan apa yang berlaku.

“Sejak malam kelmarin, saya dan isteri masih bvntu sehingga tidak mampu tidur malam memikirkan nasib yang menimpa kami. Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu,” katanya.

Terdahulu, Ketua P0lis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti k0mpaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga colek di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan k0mpaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu.

 

 

 

 

 

Sumber:BH