“Kau tak lalui pr0ses yang betul”- Datuk Awie gelar artis Y0uTube sebagai artis per0mpak

Penyanyi rock popular, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman memohon persatuan yang mengendalikan industri hiburan di negara ini bersikap lebih peka sebelum mengiktiraf kumpulan ‘artis Youtube’ yang diibaratkannya sebagai ‘pengacau’ akan mer0sakkan industri seni tanah air jika tidak dik4wal.

Menurutnya, dia sendiri pernah membicarakan mengenai apakah kualiti yang perlu ada untuk menjadi artis pada masa kini hanya dengan mengambil lagu orang lain dan kemudian nyanyikan di YouTube, mereka sudah boleh dianggap penyanyi?

“Jangan mudah iktiraf kumpulan ‘artis per0mpak’ atau lebih tepatnya, ‘artis YouTube’ kerana mereka tidak melalui proses yang betul untuk menjadi penyanyi sebenar.

“Kalaulah macam itu, habis kita yang susah teb4s jalan, buat 10 lagu untuk satu album dan sanggup keluar berpuluh ribu ringgit, tiba-tiba mereka yang keluar satu single dan menyanyikan lagu penyanyi asal, contohnya lagu saya yang masih hidup lagi, apa yang kita rasa bila orang (pendengar) terus angkat dia?

“Artis YouTube, kau tak lalui pr0ses yang betul. Jadi, saya minta kepada persatuan-persatuan yang mengemudi industri ini supaya k4wal kewujudan mereka dari berleluasa,” katanya lagi.

 

Bagi Awie, ‘artis YouTube’ yang bertindak sedemikian juga sebenarnya sudah mer0mpak hasil seni penyanyi sebenar yang bersus4h payah membina karier mereka melalui album dan lagu yang dirakamkan.

“Dulu, kita sibuk sangat asyik nak perangi cetak r0mpak tapi sekarang, lepas mereka ini (artis YouTube) keluar, nampak ‘f0llower’ bagus, TV pun panggil dan akhirnya, mereka ini yang sebenarnya mencetak r0mpak hasil karya seni daripada kami (penyanyi asal).

“Jadi saya minta pada persatuan-persatuan hiburan tanah air yang aktif supaya ket4tkan sedikit undang-undang macam mana cara mereka ini (artis YouTube) untuk duduk dalam industri, sekurang-kurangnya buatlah satu album dengan 10 lagu dahulu.

“Bila dah ada lagu sendiri, barulah kita boleh mempertimbagkan mereka sebagai artis atau penyanyi. Janganlah ‘p4njat’ (nyanyi) lagu orang itu, p4njat lagu orang ini, lepas itu kau ub4h sikit begitu dan begini.

“Saya tak nak benda macam ini yang akhirnya mer0sakkan industri kerana kita nak artis yang asli, yang betul-betul ada perjuangan, ada imej dan ada karakternya sendiri,” ujarnya tegas.

 

 

 

Sumber:HM