Genap tujuh hari melahirkan, dramatis Tasha Shilla mended4hkan wajah dan nama putera sulungnya iaitu Raees Zander bin Muhammad Atiq.
Menerusi satu h4ntaran yang dimvat naik dalam Instagramnya hari ini, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 34, memaklumkan perkara tersebut untuk pengetahuan peminatnya.
“Syukur alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami, @atiqidris, kami ingin perkenalkan Raees Zander Muhammad Atiq.
“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong mendoakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati ibu dan ayahnya.
Berikan ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya serta dilimpahi rezeki yang luas dan halal,” ujarnya.
Terdahulu, Tasha selamat melahirkan cahaya mata pertamanya itu pada 25 April lalu bersamaan dengan Ramadan yang ke-12.
Tasha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Muhammad Atiq pada 23 Februari tahun lepas.
Sumber:Kosmo