“Kakak tunggu Aafiyah nak datang..”-Pengasuh Siti Aafiyah sed1h Aafiyah tak dapat hadir ke majlis pernikahan

Umum mengetahui bahawa anak sulung kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza,iaitu Siti Aafiyah turut dijaga oleh seorang jurur4wat bertauliah lulusan dari Kolej Pembantu Perub4tan bernama Dayah Zubit.

Mengasuh Aafiyah sejak dari bayi lagi, gadis cantik yang berasal dari utara ini dalam diam-diam telah selamat bernikah dengan cinta hatinya pada hari ini iaitu dengan Mohammad Ridzuan Razali,pemain sayap dari pasukan bola sepak Terengganu FC.

Selamat dinikahkan di Pulau Pinang, pasangan ini telah berk0ngsi siaran langsung majlis perkahwinan mereka di laman instagram masing-masing.

Biarpun tidak dapat hadir, Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti dan Dato Sri Khalid telah menghadiahkan sepasang busana perkahwinan buat Dayah dan pasangan hasil rekaan daripada pereka fesyen ternama iaitu Rizman Ruzaini.

Tok Ti juga menitipkan d0a agar majlis mereka dapat berjalan dengan lancar. 

Namun apa yang lebih mengh4rukan Dayah ialah apabila anak asuhannya, Siti Aafiyah juga tidak dapat had1r
ke majlis bersejarahnya itu .

Sempat membuat paggilan video di majlis malam berinai, nyata Dayah tidak dapat menyembvnyikan perasaannya pada Aafiyah.

 Sabarlah Dayah. Aafiyah dah ada adik Afwa untuk dibuat kawan. Apapun tahniah buat Dayah dan Ridzuan.

Semoga perkahwinan ini sentiasa diberkati dan kekal hingga ke Jannah. InsyaAllah.

 

 

 

 

Sumber:Malaynews