“Abang rebah ketika mandikan ayah, menjelang malam, ayah pula hembuskan nafas terakhir”

Kasih sayang membawa ke syurga. Itu yang boleh dikatakan mengenai kisah pemergian dua beranak, Allahy4rham Zulfahmi Hasbollah, 46 dan bapanya, Allahy4rham Hasbollah Ahmad, 75.

Menurut isteri Allahyarham Zulfahmi, Nor Azlina Jawahir suaminya sangat menjaga kebajikan bapanya, sehinggakan saat beliau rebah, tangannya masih dalam keadaan bersabun kerana sedang mandikan ayah mertuanya.

Menurut Azlina lagi, dalam kejadian sekitar jam 10.50 pagi itu, Zulfahmi meniggal dunia selepas rebah dalam bilik mandi akibat serangan jantung ketika memandikan ayahnya.

Lebih memilukan, ayah magsa, yang tidak berupaya berjalan dan bercakap akibat sak1t tua, meniggal dunia pada hari sama, selang 12 jam selepas kem4tian anaknya itu.

Difahamkan arwah Zulfahmi yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu tidak pernah melepaskan tanggungjawab untuk menyiapkan dan memandikan ayahnya kepada orang lain.

“Sejak ayah sak1t terlantar tahun lepas, itulah rutin dia, mandikan ayah dan siapkan ayah, kalau dia mahu keluar mana-mana pun, dia akan pastikan ada orang yang menjaga ayah di rumah.

“Ada ketika ayah dan emaknya pergi bermalam di rumah anak-anak yang lain, arw4h akan mengadu yang dia rindu dan mahu mereka cepat-cepat pulang,” katanya lagi.

Nor Azlina yang mendirikan rumah tangga bersama arw4h sejak empat tahun lepas berkata, dalam segala hal, suaminya akan mendahului kebajikan kedua orang tuanya terutama keperluan ubat dan makanan.

“Arw4h suami memang sangat sayangkan ayahnya. Dia seolah-olah tidak boleh berp1sah,” katanya.

Menceritakan detik kejadian, Azlina berkata, dia hanya menyedari keadaan suaminya, sebaik mendengar bunyi objek terhempas di bilik mandi.

“Saya segera bergegas ke bilik mandi dan nampak suami sudah terduduk dengan keadaan tubuh yang kejang.

“Tangannya ketika itu masih lagi bersabun kerana belum selesai mandikan ayah. Saya cuba memberikan bantuan pernafasan, namun tidak ada sebarang tindak balas.

“Melihat keadaan itu, ayah yang duduk di kerusi roda cuba untuk membantu, namun tidak berdaya menyebabkannya jatvh tersembam di lantai bilik mandi,” katanya.

Dia berkata, bapa mentuanya yang mengalami lvka di dahi, bibir dan kening selain p4tah hidung dibawa ke H0spital Tapah untuk raw4tan manakala suaminya dis4hkan meniggal dunia oleh pegawai pervbatan di rumah.

“Ayah dibenarkan pulang pada petang hari yang sama dan sebaik mengetahui bahawa arw4h sudah tiada, dia hanya mengalirkan air mata.

“Menjelang malam keadaan kes1hatannya bertambah merosot sehinggalah sekitar jam 10 malam, ayah menghembuskan nafas terakhir di hadapan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Salasiah Yaacob, reda dengan pemergian suami serta anak lelakinya itu dan menganggap ia sebagai ketentuan ALLAH.

Katanya, kehilagan dua insan tersayang serentak memang begitu memilukan, namun perlu dihadapi dengan penuh sabar dan tenang.

“Sedih itu sudah tentu, namun semua ini sudah ketentuan ALLAH dan kami menerimanya dengan reda,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: SinarHarian