Suami sanggup diseret van lindungi isteri dan anak dalam kandungan, tapi selepas 4 bulan ini yang terjadi

Ada suami jarang meluahkan kata-kata sayang buat isteri namun ia ditunjukkan melalui perbuatan.

Kisah seorang suami yang sanggup berkorban demi menyelamatkan  isteri dan anak di dalam kandungannya sememangnya menyentuh perasaan.

Walaupun perkara itu sudah 2 tahun berlalu, tetapi  buat Fateha Najwa,peristiwa itu masih jelas di ingatan.

Ketika itu, dia dan suaminya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, yang menyebabkan suaminya mengal-ami keced3raan p4rah di kepala. Selepas terlantar kira-kira empat bulan, suami yang dikasihinya itu  menghembvskan nafas terakhir.

Mengimbas kembali trag3di yang tidak dapat dilupakan seumur hidup itu, wanita yang mesra dengan panggilan  Najwa ini berkata, “Selepas makan tengah hari, suami hantar saya pergi kerja dengan menaiki motosikal. Tiba di satu persimpangan lampu isyarat dekat Sungai Buloh, tiba-tiba sebuah van sekolah meluru dan kejadian berlaku dalam sekelip mata.

“Saya buka mata je, tengok-tengok dah terlantar atas jalan raya. Saya ced-era ringan pada bahu, siku, dan lutut. Masa itu tercari kelibat suami sebab hairan, kalau jatuh motor, dia mesti datang cepat-cepat dan tanya keadaan saya.

“Tapi dia tak datang pun. Kemudian barulah saya nampak sekujur tubuh berlumuran dar-ah. Saya bergegas pergi mendapatkannya, masa tu dia macam tak ada respon dah.

“Sambil menangis, saya bisikkan nama ‘Yusuf’ dekatnya banyak kali. Yusuf adalah nama yang dia pilih untuk bayi ketiga kami yang berusia lapan bulan dalam kandungan saya masa itu. Saya cakap ‘takkan abi nak tinggalkan saya? Tak nak tengok Yusuf dulu ke?’ Terus dia tersed4k keluar dar4h dari mulut. Saya pangku sampai ambulans tiba,” ujarnya.

Tambah Najwa, suaminya, Mohd Khairul Nizam Ramly dimasukkan ke zon merah dan ditempatkan di wad Unit Raw4tan Rapi (1CU).

Najwa turut dimasukkan ke wad untuk pemantauan memandangkan keadaannya yang s4rat meng4ndung pada ketika itu.

Sebaik sahaja dibenarkan keluar wad,  Najwa segera menemui doktor dan bertanyakan keadaan suaminya.

Doktor menerangkan keced3raan yang dialami Khairul ialah kerana  melindungi pemboncengnya.

Mendengar sahaja kata-kata doktor, airmatanya tumpah, mengenangkan betapa suaminya sanggup diseret demi melindungi dirinya. 

Menurut Najwa, suaminya mengalami keced3raan p4rah pada mvka dan kep4la serta bahagian paru-parunya juga turut terjejas impak kemalangan berkenaan.

Selepas tiga bulan dir4wat di hospital, suaminya dibenarkan untuk pulang ke rumah namun masih terl4ntar di atas katil.

“Saya dengan ibu mentua menjaganya. Jika saya keluar bekerja, ibu mentua akan mengambil alih. Alhamdulillah, bayi bongsu kami selamat dilahirkan dan sempat berada di atas dada abinya.

“Selepas pulang kerja, saya akan ambil alih pula. Saya selalu bersembang, urut dan lap badannya,” cerita Najwa yang bekerja di sektor swasta.

Rupanya Khairul di’pinjamkan’ Tuhan hanya untuk tempoh sebulan sahaja lagi sebelum dia menghembvskan nafas terakhir buat selamanya.

“Beberapa hari sebelum tu, suami demam dan ada ketika nafasnya tercungap-cungap. Pada 13 Disember 2019, malam tu saya bacakan Yasin… seolah-olah dapat rasa suami akan pergi meniggalkan kami.

“Sebelum masuk tidur, macam biasa kami anak beranak akan c1um dulu suami. Baru saja nak tidur, tiba-tiba saya dengar nafas suami seperti terhenti. Sudah tiba aj4l menjemput ketika itu.

“Sebenarnya ada banyak petunjuk yang saya alami sebelum itu. Saya rasa seperti ada orang perhati dari luar, ada terbau wangian, dan pernah mimpi arw4h suami men1nggal dunia. Tak sangka, ia menjadi kenyataan.

“Sedih namun saya reda. Arw4h memang seorang suami, anak dan abang yang baik untuk adik-adiknya. Selama berkahwin, arw4h akan dahulukan ibunya. Sanggup tolak tawaran kerja sebab nak jaga ibu selepas arw4h bapanya men1nggal dunia,” ujarnya.

“Ramai lihat saya kuat, namun ada kalanya rapuh juga. Namun terpaksa kuat. Anak-anak amanah arw4h dan orang sekeliling adalah kekuatan saya. Terima kasih kepada mereka yang beri kata-kata semangat dan mendoakan arw4h,” ujarnya lagi.

Najwa bersama Yusuf yang kini sudah berumur 2 tahun

Semoga roh Allahyarham Mohd Khairul ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan urusan Najwa dalam membesarkan tiga permata hatinya dipermudahkan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: VideOViral