Peniaga keropok lekor terbalikkan meja ‘rakan’ yang berniaga laksa undang kecaman ramai

Tular di media s0sial kini satu video di mana seorang peniaga keropok lekor tergamak menterbalikkan meja peniaga laksa yang berjual di bersebelahan gerainya.

Kejadian yang berlaku di Taman LLN Kajang telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan wargamaya.

Difahamkan gerai keropok lekor itu telah lama beroperasi ,maka apabila terdapat satu lagi gerai makanan dibuka bersebelahan, ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati pada peniaga terbabit.

Sebaik sahaja gerai laksa itu dibuka, peniaga keropok lekor terbabit terus meluru dan menterbalikkan barang-barang jualan laksa tersebut dan beredar semula ke gerainya.

Bahan-bahan itu kemudian dikutip semula oleh peniaga laksa dan selepas kejadian itu, suami kepada peniaga keropok lekor terbabit memohon maaf kepadanya.

Bagaimanapun satu laporan p0lis telah dibuat bagi memberi pengajaran kepada peniaga keropok lekor terbabit.

 

Antara komen netizen:

Bagi pihak DTK, tidak adil rasanya terus menghukvm jika kita mendengar keterangan dari sebelah pihak saja tanpa megtahui perkara yang sebenar.

Lebih baik jika kita mendoakan yang terbaik bagi kedua-dua belah pihak.

 

 

Sumber:KL viral