Pelitup muka boleh jadi pemb*nuh dalam senyap- Dr Izyan

Saudara pengarang,

PADA 8 Jun setiap tahun, negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meraikan Hari Lautan Sedunia.

Sambutan bertujuan memberi kesedaran kepada manusia kepentingan laut serta manfaat dalam kehidupan manusia sejagat.

Lautan adalah ekosistem terbesar di planet ini yang meliputi kira-kira 71 peratus daripada permukaan bumi. Tidak dapat disangkal lagi laut adalah sistem sokongan utama kehidupan di bumi terutama manusia.

Dalam pada itu, ketika seluruh dunia bersatu mela-wan pand3mik Covid-19, para saintis baru-baru ini memb0ngkar kesan buruk lambakan pelitup muka terhadap hidupan di dasar laut.

Fenomena ini tidak sewajarnya berlaku kerana secara asasnya penggunaan pelitup muka adalah antara langkah pencegahan penting untuk menghentikan penularan Covid-19.

Namun, demi keselamatan nyawa manusia, akhirnya pelitup muka menjadi ‘pembu-nuh’ yang meng0rbankan hayat hidupan laut akib4t daripada pengurusan pembuangan sisa yang tidak berhemah.

Tindakan kurang prihatin ini amat dikesali kerana menjejaskan hidupan di dasar laut.

Keadaan lebih pa-rah apabila program tahunan sempena Hari Lautan Sedunia seperti pembersihan laut dan pantai tidak dapat dijalankan ek0ran penutupan penuh sektor s0sial akibat p4ndemik.

Oleh itu, diharap masyarakat dapat menguruskan pembuagan sisa domestik termasuk pelitup muka secara sistematik serta mengel4kkan penggunaan plastik sekali guna dan memilih untuk menggunakan barangan mudah terurai.

Semoga langkah kecil ini mampu memberi impak besar untuk kesejahteraan generasi akan datang.

DR. IZYAN MUNIRAH MOHD. ZAIDEEN
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

 

 

Sumber: Utusan