Rekod 3 dekad “Super Mokh” masih kekal antara penjaring terbanyak dunia

Bagi peminat bola sepak tanahair,lagenda Allahyrham Datuk Mokhtar Dahari masih tetap diingati walaupun telah 30 tahun beliau meniggal dunia.

Apa tidaknya, selain ak-si  lincahnya di padang, rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman masih tidak dapat ditandingi mana-mana pemain bolasepak Malaysia sehigga kini.

Berdasarkan beberapa statistik yang melap0rkan mengenai jumlah jaringan gol antarabangsa, Mokhtar yang lebih dikenali sebagai ‘Super Mokh’ mele-dak dengan 89 gol dalam 142 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.

Pencapaian 89 gol itu dilakar sehingga tahun 1991, sebelum Mokhtar menghe-mbuskan nafas terakhirnya pada tahun sama.

Lebih manis Mokhtar berjaya memi-ntas pencapaian legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.

Jadi, secara tidak rasminya, Mokhtar pernah memegang gelaran penjaring terbanyak dunia pada waktu itu, sebelum rek0d berkenaan dipi-ntas legenda bola sepak Iran, Ali Daei yang melengkapkan koleksi 109 golnya pada tahun 1993.

Bagaimanapun,baru-baru ini dua gol daripada pemain Portugal, Cristiano Ronaldo menyaksikan dia turut menjarigkan sebanyak 109 gol, sekali gus terikat dengan Daei bagi gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Dengan penyerag Juventus itu masih lagi aktif bermain dan berjaya membawa Portugal ke pusingan 16 terbaik, Ronaldo hanya memerlukan satu lagi gol untuk bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman yang mutlak.

Apapun, rek0d Mokhtar sememangnya perlu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, apatah lagi selepas 30 tahun,Allahy4rham masih mengungguli tangga ‘top 5’ setakat ini bagi pencapaian penjaring terbanyak sepanjang zaman walaupun atas dasarnya beliau kini ‘hanya tinggal nama’.

Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan pencapaian Allahyrham SuperMokh ini sememangnya luar biasa.

Malah ramai berpendapat pemain terbaik dunia dan pemenang 6 kali Ballon d’Or, Lionel Messidari Argentina juga tidak dapat menyaingi rekod Allahyrham di persada Antarabangsa di mana Messi hanya mampu menjaringkan 73 gol bersama pasukan kebangsaannya.

Untuk rek0d selain SuperMokh, seorang lagi lagenda bola sepak negara Dato’ Soh Chin Ann atau lebih terkenal dengan gelaran Soh Chin Aun juga mempunyai rek0dnya tersendiri di peringkat antarabangsa.

Soh Chin Aun adalah pemegang rek0d sebagai pemain paling banyak penampilan antarabangsa di dunia (World’s Top Most Capped Players in Football) dengan 224 jumlah perlawanan meninggalkan jauh Ahmed Hassan dari Egypt (184) yang sebelum ini dicanag sebagai pemain paling banyak mewakili negaranya di dunia.

Berikut senarai terkini penjaring terbanyak sepanjang zaman:

1. Ali Daei (Iran), Cristiano Ronaldo (Portugal) 109 gol

2. Mokhtar Dahari (Malaysia) 89 gol

 

3. Ferenc Puskas (Hungary) 84 gol

4. Godfrey Chitalu (Zambia) 79 gol

5. Hussein Saeed (Iraq) 78 gol

6. Pele (Brazil) 77 gol

7. Ali Mabkhout (Emiriah Arab Bersatu) 76 gol

8. Sandor Kocsis (Hungary) 75 gol

Marilah sama-sama kita menghadiahkan bacaan Al Fatihah untuk lagenda negara ini. Semoga Allah SWT mengampuni segala do0anya dan menempatkan r0hnya dikalangan orang-orang beriman. Amin .

 

 

 

Sumber:Malayap0st