Foto terkini penyanyi Rindu Padanya, Datin Sri Camelia Khan bersama suami jadi perhatian

Walaupun Datin Sri Camelia Khan sudah lama meniggalkan dunia glamor namun kelibatnya sesekali hadir di majlis sosialit tetap mencvri tumpuan. 

Meniti usia 47 tahun, kecantikan milik penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Padanya ini masih sama seperti mana beliau muncul dalam era seni suara suatu masa dulu.

Mendirikan rumahtangga kali kedua dengan ahli perniagaan Dato Sri Akbar Khan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Asmara Khan.

Camelia seterusnya mengambil keputusan untuk meniggalkan dunia hiburan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluarga tercinta.

Wanita cantik kelahiran Kuching Sarawak ini sebelum ini sempat menghasilkan 5 album, Camelia, Memori, Mimpi, Untukmu dan Mysticam.

Tahun 2007 merupakan tahun terakhir Datin Seri Camelia mengeluarkan album. Pasti ramai yang merindui alunan lembut suara penyanyi yang pernah bergelar duta produk antarabangsa seperti L’Oreal, Tag Heuer, Omega dan Pantene ini.

Tidak bersandar kepada wajah semata-mata,  Camelia pernah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998.

Beliau juga berbakat dalam bidang pengacaraan dan pernah menjadi hos program dekorasi, Casa Impian menerusi Astro Ria.

Datin Seri Camelia juga merupakan satu-satunya artis Malaysia yang diterbangkan ke Hong Kong untuk menyaksikan pembukaan butik Louis Vuitton di Canton Road Maison.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: n0na