Renjatan kilat ketika PdPR, 4 saudara dikejarkan ke h0spital

Malag tidak berbau. Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak dari Kampung Kuala Por,Terengganu terpaksa dikejarkan ke h0spital selepas terkena renj4tan kilat sewaktu berada di dapur rumah mereka di di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Suhasniza Sahaimi, 39, sedang memasak manakala tiga anaknya berusia tujuh, 10 dan 17, tahun sedang mengulangkaji pelajaran bersama seorang lagi sepupu mereka yang berumur 16 tahun.

Menurut Suhasniza, kejadian kilat meny4mbar mereka berlaku sekelip mata menyebabkan dia tiba-tiba jatvh terduduk dan mengalami kekeja-ngan badan sementara sudip besi yang sedang dipegangnya tercampak.

“Sewaktu kejadian, hujan gerimis di luar rumah dan tiada pula terdengar bunyi guruh. Begitupun, jiran-jiran kemudian memberitahu mereka ternampak cahaya kilat melintasi rumah kami pada ketika itu.

“Anak-anak dan sepupu mereka pula sedang buat kerja sekolah dengan beberapa telefon pintar berada di atas meja memandangkan mereka belajar secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya ketika ditemui.

Suhasniza berkata, biarpun mengal-ami kekej-angan badan, dia tetap menggagahkan diri untuk bangun setelah mendengar anak-anaknya menang1s kesak-itan sebelum menghubungi ahli keluarga yang tinggal berhampiran untuk meminta pertolongan.

Tambah meris-aukannya, anak bongsunya, Muhammad Zafran Rayqal Mohd. Zammil mengalami muntah-muntah akibat terkena renj-atan kilat berkenaan.

“Kami berlima dihantar ahli keluarga yang tinggal bersebelahan ke H0spital Hulu Terengganu di sini tidak lama kemudian untuk mendapatkan rawa-tan.

“Saya dan anak saudara saya yang berusia 16 tahun telah dibenarkan keluar wad tidak lama kemudian tetapi tiga anak saya telah dirujuk ke H0spital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan kini mereka dijaga suami saya, Mohd. Zammil Zakaria, 41,” katanya.

 

 

 

 

Sumber: K0smo