‘Jah’- Individu di sebalik idea Kempen Bendera Putih

Sejak kelmarin, isu bendera putih boleh dikatakan telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia, tidak kira dari ahli p0litik, golongan artis mahupun rakyat biasa.

Tetapi tahukah anda siapakah pencetus di sebalik idea bernas ini?

Carian dalam Twitter menunjukkan kempen ‘bendera putih’ ini mungkin telah dimulakan oleh seorang pengguna Faceb0ok bernama ‘Jah’ atau Nik Faizah Nik Othman, Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan pada 28 Jun.

Kemaskini beliau adalah yang terawal atau antara yang paling awal mencadangkan inisiatif ini.

Ketika ditanya, apakah rasional disebalik warna putih, Nik Faizah jelaskan kerana setiap rumah mempunyai lampin putih dan baju sekolah putih.

“Bila kita terdesak, apa sahaja yang ada di depan kita itu boleh digunakan untuk meminta bantuan. Saya rasa kain putih ini senang dapat dirumah.

“‘Posting’ tentang bendera putih itu sebenarnya saya tulis ikhlas dari hari saya sendiri bila saya lihat banyak kesusahan yang berlaku akhir-akhir ini,” katanya ketika dihubungi Niaga AWANI.

Tambah Nik Faizah lagi pada perigkat awal, niat kempen itu hanya untuk meyampaikan mesej kepada masyarakat di sekitar kawasannya sahaja.

Bagaimanapun beliau tidak meyangka kemaskini tersebut akan menjadi tvlar.

Kemaskini yang dimuatkan di Faceb0ok pada 28 Jun lepas sehingga kini telah telah dik0ngsi 20,000 kali.

Menurut beliau lagi, sebagai seorang wanita dan aktivis, hatinya tersentuh membaca pelbagai lap0ran berkenaan individu yang terte-kan ketika ini.

Menurutnya, dalam keadaan yang semakin tegang dan meruncing, kerjasama semua pihak mengambil tindakan drastik untuk sama-sama membantu lebih ramai orang amat diperlukan.

Jelasnya, ketika ini beliau tidak nampak bendera putih dikibarkan di kawasannya kerana kesu-karan untuk keluar rumah akibat kawa-lan pergerakan ketika ini.

Selain itu beliau menges-ahkan tidak pernah melihat di mana-mana kemaskini berkenaan bendera putih sebelum membuat kemaskini berkenaan.

Semoga usaha kempen ini dan semangat untuk terus membantu tidak kira agama, bagsa dan latarbelakang akan berterusan. Barulah betul #kitajagakita! 

 

 

 

Sumber:Awani