Bantuan khas sehingga RM5,000 untuk waris pes4kit C0vid19 yang meniggal dunia. Ini cara memohon

Satu bantuan Khas Pengurusan Kem4tian Covid-19 Agensi Pengurusan Benc4na Negara (NADMA) merupakan satu bantuan one-off hingga kadar maksima RM5,000 diberikan kepada waris individu yang meniggal dunia kerana Covid-19.

Tabung Covid-19 NADMA telah diwujudkan pada 11 Mac 2020 bagi memberi bantuan khas sebanyak RM100 sehari kepada rakyat yang bekerja atau berniaga di Malaysia tetapi kehilagan pendapatan atau tidak dibayar gaji.

Kemudian pada 17 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan agar penggunaan Tabung Covid-19 NADMA diperluaskan bagi meliputi bantuan khas pengurusan kem4tian kepada waris.

Sejak Tabung Covid-19 dilancarkan, NADMA Malaysia telah menyalurkan bayaran Bantuan Khas Pengurusan Kem4tian Covid-19 kepada 407 waris setakat 21 Mei 2021.

Hanya penges-ahan kem4tian berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan KKM sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas berkenaan.

Bagaimanpun cuma seorang waris sahaja yang layak menerima bantuan khas tersebut. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris pihak NADMA akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.

Antara dokumen yang diperlukan:-

  1. Borang permohonan disahkan oleh hospital yang memaklumkan kema-tian berkaitan Covid-19.
  2. Salinan sijil kem4tian.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon (waris si m4ti).
  4. Salinan penyata bank (yang masih aktif) pemohon (waris si m4ti)

Namun perlu diingatkan pemohon diminta membaca garis panduan permohonan dengan teliti dan mengemukakan dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen tidak lengkap akan ditolak.

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen permohonan lengkap.

NADMA juga berhak memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi dikemukakan atau men0lak permohonan tidak menepati syarat-syarat ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.nadma.gov.my/ms/

Semoga bermanfaat

 

 

 

 

Sumber:SH Plus