“Sebelum situasi lebih rumit, lebih baik kami lepaskan sahaja”- Syamel

Baru lima bulan beroperasi, pasangan penyanyi suami isteri, Syamel dan Ernie Zakri terpaksa menghentikan 0perasi perniagaan mereka, Kafe Setable yang diusahakan bersama rakan niaga.

Lebih menyed1hkan,ramai tidak myagka bisnes yang mendapat sambutan itu berakhir begitu sahaja.

Enggan terus berteka-teki, penyanyi yang popular menerusi lagu Hidup Dalam M4ti dan Lebih Sempurna itu menjelaskan, ia bukanlah keputusan mudah.

“Saya dan isteri, Ernie Zakri sangat sed1h. Kami terpaksa membuat keputusan menghentikan 0perasi dan menjualnya kepada orang lain, selepas lima bulan ber0perasi. Namun, ia dilihat sebagai jalan terbaik, suka atau tidak terpaksalah kami merelakannya.

“Namun, saya mahu meneg-askan, tiada perkara sensasi di sebalik penutupan kafe ini. Apa yang boleh dikatakan antara kami dan beberapa rakan kongsi sudah tidak sehaluan lagi.

“Apabila ia wujud, agak sukar untuk kami membuat keputusan membabitkan perkembangan perniagaan. Justeru, saya dan Ernie memutuskan untuk men-amatkan operasi kafe ini. Secara kebetulan, ada pula yang berminat untuk membeli, jadi ada baiknya kami jual sahaja,” jelas Syamel.

Mengulas tidak ralat apabila terpaksa melepaskan bisnes yang sudah diketahui peminat, Syamel berkata, seperti yang dikatakan, memang sukarnya mahu membuat keputusan ini, tetapi apakan daya.

Bagaimanapun penyanyi itu memberitahu, dia dan isterinya masih berniaga keropok lekor jenama Lekos Crispy itulah perniagaan utama dia dan Ernie buat masa kini.

“Di sini, saya ingin mem4klumkan kepada peminat, kami sudah tiada kaitan dengan kafe berkenaan. Ia di bawah pengurusan baru. Kami juga tidak bertanggungjawab atas apa sahaja yang berlaku membabitkan kafe ini,’ tegas Syamil lagi.

Akui Syamel uj1an yang dihadapi tidak pernah sesekali mema-tahkan semangat untuknya menceburi bidang perniagaan pada masa akan datang cuma mereka lebih selesa menguruskan sendiri tanpa perlu ada rakan kogsi untuk mengel4kkan pisang berbuah dua kali.

Mengikut perancangan terbaru, mereka bakal membuka cawangan Lekos Crispy di Johor Bahru.

Sebagai penyanyi, Syamel berkata, fasa satu PPM memberi kes4n kepadanya dan isteri.

“Tidak din4fikan, memang terasa. Tetapi, pengalaman Perintah Kawa-lan Pergerakan (PKP) pertama dan kedua mengajar kami untuk lebih bersedia. Dengan duit simpanan dan menjalankan beberapa perniagaan, bolehlah menampung kehidupan.

“Selain itu, ada juga ‘job’ buat ulasan produk. Cuma, saya tengok juga produk yang hendak diulas. Kalau peniaga kecil-kecilan, saya tidak kenakan bayaran.

“Saya pun faham, ramai berdepan dengan detik suk-ar pada ketika ini. Memang ramai yang susah. Tetapi, jika produk premium dan urus niaga dibuat secara profesional membabitkan syarat tertentu seperti berapa banyak hantaran dan ulasan dibuat, barulah saya kenakan bayaran,” katanya.

 

 

Sumber: BH