“Alhamdulillah, itu saja yang saya boleh kata”- Fattah Amin

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati suami apabila melihat perubahan positif isterinya.

Bagi aktor dan penyanyi Fattah Amin, dia bersyukur apabila isterinya,pelakon Nur Fazura kini telah berhijab sepenuhnya.

Ia sekali gus menjawab segala tanda tanya ramai pihak yang sering melihat penampilan Fazura memuat naik gambar bertudung di Instagram miliknya sejak kebelakangan ini.

Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd. Amin,31, dia memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi apabila hasratnya untuk melihat isterinya berubah menjadi Muslimah sebenar dimakbulkan.

“Alhamdulillah, itu saja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, saya bersyukur kerana itulah doa saya selama ini.

“Syukur dia sudah bertudung sepenuhnya,” katanya lagi.

Bercakap tentang perkembangan karier seninya pula, Fattah yang ditemui ketika sidang media secara maya pelancaran single terbaharu berjudul Hamba, meluahkan rasa lega apabila kolaborasi ketiganya bersama komposer Hafiz Hamidun itu mula diperdengarkan kepada peminat muzik tanah air.

Lagu tersebut turut mendapat sentuhan serta kerjasama penyanyi rap Kmy Kmo yang mula dilancarkan hari ini.

 

 

 

 

Sumber:Urtv