“Jangan pertikai kami tak tolong mama dan papa”

Anak bongsu kepada pemain gitar legenda, Man Kidal, Nur Syahira Rahman menafikan dak-waan bahawa dia dan adik-beradiknya tidak membantu ibu bapa mereka yang kesempitan hidup akibat tiada punca pendapatan sejak dua tahun lalu.

Nur Syahira berkata, mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa, malah sentiasa berusaha untuk membantu meringankan beban mereka.

“Takkan kami nak biarkan mama dan papa hidup dalam kesvsahan. Kalaulah ada duit yang banyak memang kami tidak akan sesekali biarkan mereka minta bantuan.

“Selama ini pun mereka tak pernah minta sebarang pertolongan daripada sesiapa. Kami sesama sendiri ikhtiar cari duit, cuma sekarang ini masing-masing tengah susah dan tidak boleh buat apa-apa.

Menurut Nur Syahira lagi, mereka adik-beradik ada cuba membantu dengan mengirimkan sejumlah wang kepada mereka namun jumlahnya tidaklah besar kerana perniagaan mereka juga sedang menghadapi mas4lah.

Menurut Nur Syahira, orang luar tidak sepatutnya menghu-kum sebaliknya perlu memahami situasi yang ditanggung mereka sekeluarga.

“Perniagaan saya serta adik-beradik lain sedang mengalami kesukaran. Saya ada menjalankan perniagaan percetakan tapi terpaksa hentikan operasi seketika kerana kilang ditutup. Saya juga ada tolong mama berniaga kuih tapi dalam keadaan dirinya yang positif Covid-19 serta keadaan kesih-atan yang kurang sihat, saya tak sampai hati nak biarkan dia bekerja.

“Saya mohon orang luar jangan pertikai atau mengatakan kami adik-beradik tidak membantu mama dan papa. Kami sudah berusaha sehabis baik untuk membantu mereka,” katanya.

Terdahulu ibu kepada Nur Syahira iaitu Norlaila Yusof mendedahkan dirinya dan suami berdepan kesem-pitan hidup sejak fasa pertama Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Mac tahun lalu.

Dia juga dis4hkan positif Covid-19 sejak minggu lalu, manakala suaminya, Man Kidal pada Isnin lalu.

Selain Nur Syahira, Norlaila dan Man Kidal mempunyai dua lagi anak lelaki dan perempuan.

 

 

 

Sumber:HM