Tak sempat bercakap dengan anak buat kali terakhir, Tawil meniggal dunia kerana sesak nafas

Isteri pelakon bintang filem Prebet Lapok, Tawil,68, menges4hkan suaminya telah menghembuskan nafas terakhir selepas sesak nafas di kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Aman, Kepong, di sini pada jam 2.15 pagi tadi.

Menurut Azah Abdul Kahar, 62, ketika itu Tawil meminta dia menyapukan minyak angin ke dadanya selepas meng4du sesak nafas secara tiba-tiba pada jam 1 pagi.

Bagaimanapun arwah kelihatan seperti tercungap-cungap lalu Azah memanggil jiran untuk mengalihkan arwah yang ketika itu duduk di atas kerusi ke katil.

“Saya sempat mengesat air liur yang meleleh, sebelum sibuk menghubungi anak-anak dan ambulans.

“Arwah renung wajah saya, sebelum pejam mata. Ketika dialihkan atas katil, arwah masih bernafas, cuma nadinya semakin perlahan.

“Bagaimanapun, pegawai perubatan yang tiba bersama ambulans menges4hkan arwah sudah tiada. Saya percaya arwah menghembuskan nafas terakhir atas katil tanpa saya sedari,” katanya.

Yang lebih memilukan , Azah berkata arwah tiada penyakit semput sebelum ini namun reda atas pemergian suami nya itu, apatah lagi, meninggal dunia pada malam Jumaat.


“Bagaimanapun, saya agak sed1h mengenangkan arwah sempat mencapai telefon bimbit ketika nafas tercungap-cungap.

“Saya tahu arwah mahu menghubungi anak-anaknya. Mungkin mahu bercakap buat kali terakhir, tetapi tidak sempat.

“Apapun, saya reda arwah pergi pada penghulu hari. Arwah juga pergi dengan tenang dan cukup mudah,” katanya yang masih menggeletar seluruh badan akibat pemergian mengejut suaminya.

Katanya, dia dapat melihat perubahan sikap arwah sepanjang minggu ini.

“Arwah banyak mendiamkan diri. Selalunya arwah akan bantu mengalihkan tempat ampaian apabila saya basuh baju.

“Namun, arwah buat tidak tahu dan hanya pandang sahaja, kali ini. Mungkin arwah mahu saya membiasakan diri melakukan kerja rumah sendiri jika dia sudah tiada.

“Ia juga bagaikan petanda arwah akan meninggalkan saya, anak dan cucu buat selama-lamanya. Bagaimanapun, arwah tidak pula meninggalkan pesanan sebelum tutup mata,” katanya.

Beliau berkata, urusan pengebumian arwah diuruskan anak-anak, namun belum sempat berbincang mengenai lokasi dan waktu dikebumikan.

Allahyarham Tawil atau nama sebenarnya, Abu Bakar Ahmad bukan hanya dikenali sebagai pelawak pentas, malah banyak membintangi drama dan filem serta bergelar pengacara sekitar 1970-an dan 1980-an.

Mula mencipta kemasyhuran menerusi filem Prebet Lapok arahan Allahyarham Datuk Aziz Sattar, gelagat lucu dan kerenah arwah bersama bintang utamanya, AR Badul menjadi sebutan ramai.

Malah, gandingan dua bintang dalam filem bergenre patriotik yang sarat elemen komedi ringan itu mampu meniupkan r0h semangat perjuangan hinggakan ramai anak muda tertarik menyertai pasukan angkatan tentera pada 1979.

Filem Prebet Lapok adalah penampilan pertama arwah menerusi layar perak pada usia 29 tahun, selepas hampir lapan tahun bergiat aktif dalam dunia pementasan teater dan bangsawan.

Selain itu, arwah turut membintangi deretan filem hebat seperti Dar4h Satria, Setinggan, Da Di Du, Serampang Tiga, Peny4mun Tarbus dan banyak lagi.

 

Jika dihitung, arwah Tawil membintangi kira-kira 500 drama, filem, teater dan bangsawan sejak usia 19 tahun.

Penampilan terakhir Tawil di layar perak ialah sekitar tahun 2013 melalui telefilem Taubat Seorang S4mseng.

Tahun lalu, arwah Tawil antara 25 penggiat seni menerima surat tawaran unit PPR di bawah Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin atas usaha Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk golongan veteran tidak berkemampuan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH