17 tahun Suhaila Sulaiman bijak melakar bahagia bersama pelakon lelaki popular

Bagi peminat drama Melayu era 90an pasti masih mengingati pelakon cantik  bertubuh langsing ini. 

Antara drama lakonannya yang malar segar ialah Sayang Puteri dan Zon 606.

Mendirikan rumah tangga bersama aktor terkenal Faizal Hussein pada tahun 2004, nama Suhaila Sulaiman kemudian nya  seakan sepi daripada industri seni.

Dia dilihat lebih selesa memberi sepenuh tumpuan terhadap keluarga terutamanya selepas bergelar ibu.

Melihat raut wajahnya yang lembut dan juga sikap profesional nya yang bijak menjaga nama suami dan keluarga dari terpalit sebarang kisah kontr0versi peribadi sudah cukup menggambarkan betapa Faizal Hussein bertuah memiliki Suhaila.

Penulis juga kagum melihat cara wanita berusia 45 tahun ini mendidik anak, menjaga keharmonian keluarga dan sentiasa menjadi tulang belakang suami tercinta.

Suaminya bukan calang-calang orang!

Siapa yang tidak kenal Faizal Hussein.

Sebut sahaja nama Faizal Hussein pasti ramai yang terkenang filem-filem box office lakonannya.

Penangan filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 misalnya telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni tanah air.

Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita filem popular tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan gelaran Roy.

Selain dari cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin, Faizal Hussein juga bebas dari sebarang g0sip liar antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.

Tentunya di belakang Faizal ada wanita hebat yang sentiasa menjadi pemangkin kejayaannya.

Hasil perkongsian hidup selama 17 tahun, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang menyambut ulang tahun ke-16 pada 5 Jun lalu sementara anak lelaki mereka, Fazrick kini berusia 13 tahun.

Mengamati wajah kedua-dua cahaya mata ini, mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila.

Fazrick misalnya cukup berbakat dalam bidang seni sama seperti ibu dan bapanya tidak kurang juga Fazryn yang cemerlang dalam akademik dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh perhatian dan kasih sayang juga wajar dijadikan contoh.

Apa saja yang diminati mereka, baik Suhaila mahupun Faizal, mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick.

Tidak keterlaluan jika penulis menyifatkan Suhaila dan Faizal ialah antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain.

Semoga kerukunan rumahtangga Suhaila dan Faizal Hussein menjadi contoh buat pasangan yang lain.

Kredit foto: Instagram Suhaila Sulaiman

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: N0na