Tidak dapat sambung shooting ‘Kekasih Hati Mr. Bodyguard’, Lana Nordin n4fi vaksin jadi punca

Setelah h4ngat menjadi buah mulut net1zen kerana kelantangannya mengkr1tik Ketua Pengarah Kesih-atan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pelakon sensasi Lana Nordin memberitahu peminat dia tidak dapat memasuki set drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard yang kembali menyambung semula pengambarannya setelah tertunda ek0ran terikat dengan peraturan berkaitan pan-demik Covid 19.

Namun begitu Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin ketika dihubungi berkata, perkara itu berlaku bukan kerana keengganan nya mengambil vaksin.

“Vaksin ke tak vaksin ke saya tetap tak boleh berlakon kerana akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) Sabtu ini”.

“Sebenarnya pihak produksi nak sambung lagi 13 episod bagi musim terbaharu selepas sudah diberi kebenaran melakukan penggambaran.

“Awal-awal lagi mereka sudah tanya dan berbincang dengan saya mengenai perkara itu, tetapi saya memang tak dapat nak sertai disebabkan akan balik ke negara suami hujung minggu ini.

“Bukan sebab saya belum vaksin. Jadi saya memang terpaksa t0lak tawaran tersebut dan mereka kini sedang mencari pelakon lain yang sesuai bagi menggantikan watak antag0nis yang saya bawakan sebelum ini,”ujar Lana lagi.

 

Menjawab persoalan ramai mengenai dirinya yang bersikap anti vaksin, Lana menegaskan dia bukan seperti itu dan tetap akan mengambilnya tidak lama lagi.

“Saya bukan tak nak ambil, tetapi anak saya ada masalah kesih-atan, dia sa-kit jantung sejak lahir. Saya pula masih menyusukan dia sampai November nanti.

“Saya pun ada surat daripada doktor dan bukan suka-suka ingin men0lak vaksin. Nyawa anak saya lebih penting dan jadi keutamaan sekarang ni,” ujarnya.

Tambah pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia tetap akan mengambil vaksin tetapi bukan di Malaysia dan tidak dalam masa terdekat ini.

“Saya akan ambil di AS nanti bersama suami. Tunggulah mungkin awal tahun depan ke. Bukan tak nak ambil langsung. Benda nak masuk dalam badan dan saya kena pastikan betul-betul selamat digunakan serta melepasi ujian klin-ikal.

“Saya ada sebab tersendiri kenapa tak nak ambil vaksin ketika ini. Itu hak peribadi dan hak asasi saya sebagai rakyat. Tiada siapa boleh paksa,” katanya. 

Lana sebelum ini pernah dilabel sebagai anti vaksin kerana cuba mengha-sut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin Covid tersebut.

 

 

 

 

 

 

Sumber:K0smo