Selalu ‘save’ gambar rumah sebagai inspirasi, Shila Amzah bersyukur kini miliki rumah idaman

Nama Shila Amzah bukan lagi asing dalam persada seni tanah air.Manakan tidak,  bapanya merupakan salah seorang penghibur terkenal negara, ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah Salleh.

Sejak kecil memperdagangkan bakat nyanyian yang dimilikinya,  pemilik nama Nurshahila Dato’ Amir Amzah ini buka saja  dikagumi di dalam negara bahkan turut meraih perhatian peminat muzik di negara China.

Meniti usia 31 tahun pada 13 Ogos lepas, Shila sudah jarang muncul di kaca tv mahupun media massa.

Walaupun kelihatan sibuk dengan rutin hariannya sebagai isteri dan ibu ,jika berkelapangan, pasti Shila akan memenuhi undangan nyanyian.

Malah, seiring dengan perkembangan dunia teknologi , anak sulung daripada empat beradik ini aktif memu-at naik video nyanyiannya di platform media s0sial. Terubat juga rindu peminat dapat tengok video nyanyian Shila!

Terbaharu, penyanyi ini berk0ngsi suasana di kediaman miliknya yang dipercayai rumah baharu mereka dan kini dalam proses pengubahsuaian.

Dengan penuh syukur Shila mended-ahkan, “Selepas bertahun-tahun baru dapat rumah idaman. Alhamdulillah. Lain rasanya bila kita beli sesuai guna seratus-peratus duit kita sendiri. Hasil titik peluh sepenuhnya, sekarang baru ada bukti.

Sha memang tak pernah minat pasal handbag ni semua. Sha suka rumah. Selama hari ni, asyik scroll and save mana-mana look rumah yang cantik untuk dijadikan inspirasi. Sha doakan semua yang sedang baca ni dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya untuk kalian.

Orang mungkin tak nampak dan kurang hargai penat lelah kita. Tapi akhirnya berkat usaha dan doa, inshaAllah semua orang boleh rasai kemanisannya.”

Tulis Shila lagi, “Apa yang besar bagi Sha mungkin juga kecil bagi orang lain. Tapi kita kena selalu ada empati kerana bukan semua orang punya impian yang sama besar atau kecil dari kita.

Allah itu Maha Baik, apa yang kurang di sini Dia lebihkan di sana. Namun semua yang tertulis pasti ada hikmahnya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.”

Kehidupan Shila juga lebih bermakna sejak kehadiran cahaya mata sulung, Seth Uwais. 31 Ogos lepas bersempena Hari Kemerdekaan juga merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-2 buat anak comel ini.

“Lepas berumah tangga, baru dapat belajar banyak benda. Benda buruk yang tak pernah buat pun dah terbuat. Sha dah dapat cuba semua (trust me, SEMUA) perasaan ingin tahu menebal dalam diri sebab sebelumnya selalu rasa terkurug, terbeb4n dengan tanggungjawab untuk jaga diri.Iman turun naik. Untuk istiqamah bukan perkara mudah.

Sekarang bila dah ada Seth kena bertanggungjawab untuk bimbing diri sendiri ke arah yang lebih baik. Apa-apa yang lepas, Sha dah takkan toleh ke belakang dan hidup dalam penyesalan.

Apa yang penting adalah sekarang Sha sedar banyak perkara, yang lebih menjadi keutamaan untuk Sha didik diri dan anak inshaAllah.”

Mengimbas kembali kelah-iran Seth Uwais, penyanyi bersuara emas ini selamat melahirkan zuriat sulungnya pada 31 Ogos 2019 secara pembe-dahan di H0spital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas berada dalam labour room selama 55 jam 43 minit.

Sekadar info, Shila merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang berjaya melakar nama dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018. Semoga Shila semakin maju dan berjaya di masa akan datang.

Kredit foto: Instagram Shila Amzah

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: n0na