Tanpa publisiti dan kontr0versi, naskah terbaru Aizat tembusi pasaran antarabangsa

Agak lama tidak mendengar sebarang berita dari penyanyi dan komposer muda berbakat, Aizat Amdan.

Rupanya dalam diam Aizat membina nama di persada antarabangsa.

Tanpa promosi mencanak berikutan pan-demik Covid-19, lagu Aizat Amdan yan dicipta untuk pasaran antarabangsa, The Last Thing, telah meraih hampir satu juta tontonan walaupun baru  tiga bulan dilancarkan.

Menggunakan nama AI.Z untuk pasaran luar negara berkata, penerimaan terhadap lagu ciptaan bersama Yuna tersebut menguatkan semangatnya meneroka arena muzik luar negara walau adakalanya dia berdepan  pandangan skeptikal segelintir individu.

“Alhamdulillah, sejak dilancarkan pada pertengahan Jun lalu sambutan terhadap The Last Thing sangat memberangsangkan dengan jumlah lebih 500,000 streaming, manakala dalam YouTube pula mencecah 200,000 tontonan.

“Dalam keadaan dunia berdepan situasi svlit susulan pan-demik Covid-19,segala  rancangan promosi atau road tour  terpaksa ditangguhkan dulu.

“Apa pun, penerimaan awal pendengar terhadap lagu ini sudah cukup menyu-ntik semangat untuk saya merencanakan pelbagai perancangan seterusnya andai keadaan semasa kembali reda.

“Macam biasa, ada yang berfikiran positif dan tidak kurang yang anggap projek ini main-main atau saya dipa-ksa. Saya enggan ambil pusing, sebaliknya fokus saja dengan kerjaya, banggakan nama Malaysia dan keluarga,” katanya lagi. 

Terdahulu, lagu Inggeris penyanyi berusia 32 tahun itu diperdengarkan kepada khalayak dalam program kelolaan Zane Lowe dalam Apple Music, sehari lebih awal daripada tarikh pelancaran.

DJ popular asal New Zealand itu tidak ketinggalan memuji santunan irama dan seni kata lagu debut antarabangsa penyanyi merangkap komposer tersebut yang disifatkan mempunyai keistimewaan tersendiri.

The Last Thing bergenre moden R&B berkisar perasaan galau selepas perpi-sahan dengan kekasih menerusi bait lirik antaranya ‘I see you on Instagram/ Living your life, oh I wish you well/ No make-up, perfect, baby you’re worth it.’

Kongsi Aizat lagi mengenai debut yang turut meraih sokongan Yuna Room Records tersebut, segala du-gaan berkaitan p4ndemik dilihat secara positif dan mempunyai hikmah.

Akuinya, buat masa ini dia dalam persediaan menerbitkan single baharu yang dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Dalam situasi sekarang sememangnya semua orang melalui kesu-litan, bukan saya sahaja jadi kita semua kena banyak bersabar.

“Hidup dan kerjaya perlu diteruskan. Apa pun cabaran yang mendatang, saya akan tetap menyumbang seberapa daya untuk industri muzik kita,” katanya lagi. 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:K0smo