Hampir 2 bulan, mayat Shahril masih belum dikebumikan

Walaupun rangkanya telah ditemui pada 22 Julai lalu, sehingga kini jen4zah Mohd. Shahril Hamid, 31, belum dikebumikan dan masih disimpan di Jabatan F0rensik H0spital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dekat sini.

Allahyarham Shahril diper-cayai m4ti akibat lem4s di Sungai Kuala Pai disini pada 27 Julai lalu selepas 25 hari dilap0rkan hilang.

Susulan itu,ibubapa Allahyarham, Hamid Yaakob,61 dan Kamaliah Ali, 54, melahirkan rasa sed1h kerana pr0ses sias-atan forensik dikatakan belum selesai.

“Jen-azah anak saya masih di HSB dan belum dapat dikebumikan.

“Mungkin kerana keadaan may-at arwah yang hanya tinggal bahagian pusat sehingga kaki,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Hamid memberitahu, anak saudaranya akan ke jabatan forensik h0spital itu pada setiap minggu bagi mendapatkan perkembangan terkini.

“Setiap minggu juga saya akan menghubungi ketua balai p0lis di daerah ini untuk bertanyakan bila ma-yat anak saya boleh dikebumikan,” ujarnya.

Ujar Hamid lagi, isterinya juga sudah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang diminta pihak h0spital dan polis bagi mempercepatkan proses berkenaan.

“Sehari selepas may-at jumpa, dar-ah isteri saya diambil untuk pr0ses pengecaman. Sampel gigi Shahril juga saya ambil di sebuah klinik swasta tempat Shahril menca-but giginya sebelum ini untuk digunakan dalam pr0ses itu.

“Baru-baru ini, pihak h0spital memaklumkan sampel masih di H0spital Pulau Pinang dan belum mengetahui keputusan lanjut,” katanya.

Hamid berkata, mereka juga pernah cuba meminta supaya may-at Shahril dilepaskan tanpa proses berkenaan, namun pihak h0spital tidak membenarkannya tanpa surat p0lis.

“Harapan kami hanya satu, segerakan proses-proses tersebut supaya kami boleh semadikan jenazah Shahril.

“Kami yakin may-at itu adalah anak kami,” ujarnya.

Katanya, kehilagan Shahril amat dirasai dan dia tidak lagi ke sungai tersebut kerana akan te­ringatkan arwah.

“Walaupun dia seorang anak yang pendiam, tetapi dia sangat mengambil berat terhadap kami dan adik-beradiknya lain,” katanya.

Sumber:K0smo