Siri animasi popular Upin Ipin dianggap pr0paganda Malaysia

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik ke saluran YouTube Podcast Deddy Corbuzier,Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) menyifatkan bahawa Upin dan Ipin adalah satu pr0paganda Malaysia kepada dunia luar.

Berdasarkan video yang berdurasi selama 59 minit di Podcast Deddy Corbuzier, siri animasi popular itu dilabelkan sebagai alat pr0paganda positif dari negara ini kerana ia membawa budaya dan imej Malaysia yang bukan sahaja berbilang bangsa malah ramah dan beragama.

Tambah KPI lagi, beliau menyatakan alasan disebalik dak-waan tersebut adalah disebabkan animasi itu mendapat subsidi dari Kerajaan Malaysia dan secara tidak langsung ia menyebarkan imej negara ini.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna media s0sial telah memuji Les’ Copaque Production yang telah membawa imej baik buat negara Malaysia.

“Terbaik Upin Ipin, grafik cantik dan jalan cerita serta suasana yang seronok untuk di tonton, sampai negara jiran pun kagum dan kata propaganda yang positif,” kata Suzie Satarudin.

“Les Copaque terbaik sebab bawa imej Malaysia dengan sangat sempurna, memang patut digelar pr0paganda positif negara kita,” jelas Khairul Aiman.

“Tiada apa yang hendak di kata, saya respect (hormat) dengan produksi yang buat cerita ini,” ujar Hazman Mansor.

Terdahulu filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal telah mencapai kutipan pec4h panggung,  RM25 juta selepas 21 hari tayangan dengan jumlah penonton mencecah dua juta orang.

 

 

 

 

Sumber:K0smo