Ibubapa lari tinggalkan anak

Kerana kasi-han melihat kese-mpitan hidup sepasang ibubapa baru, pasangan
Sahril Salleh, 47, dan isteri, Siti Norzamzirah Abu Bakar, 47 yang tinggal di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil di sini, mendakwa membantu memelihara bayi itu, Aniq Syazwan, sembilan bulan, sejak dilahirkan.

Sahril berkata, mereka mengambil Aniq Syazwan sebagai anak angkat berikutan pasangan warga Indonesia itu menda-kwa mereka tidak mampu membesarkan bayi itu atas faktor kesem-pitan hidup.

“Kami pernah meminta ibu bayi itu tampil membantu menyelesaikan masa-lah urusan permohonan dokumen pengenalan kanak-kanak itu secara sah melalui Jabatan Keb ajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Kali terakhir berhubung dengan ibu bayi ini bernama Imelda adalah pada Julai lalu. Ketika itu kami menyuarakan cadangan kepada wanita itu supaya membuat dokumen pengenalan diri Aniq Syazwan.

“Kami bagaimanapun terkejut apabila pemilik rumah didiami pasangan itu memaklumkan ibu bapa Aniq Syazwan sudah la-ri meniggalkan rumah tanpa membayar sewa,” katanya tadi.

Malah menurutnya, majikan bapa bayi itu menda-kwa lelaki terbabit sudah sebulan tidak hadir ke tempat kerja.

“Kami bimbang sekiranya Aniq Syazwan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan menyukarkan bayi malag ini untuk mene-mpuh alam persekolahan.

Kami simpati nasib dan masa depan bayi ini. Apatah lagi kedua ibu bapa kandungnya sudah melarikan diri tanpa membayar sewa rumah,” ujar Sahril lagi

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ibu bapa bayi itu boleh menghubunginya di talian 012-6768513,” katanya.

Sumber:HM