Rumah agam RM34 juta bising dengan bunyi biri-biri, Cristiano Ronaldo pindah rumah

Kredit foto:TMZ sports

Walaupun menginap di kediaman berharga £6 juta (RM34 juta), bintang bolasepak Manchester United, Cristiano Ronaldo dan keluarganya terpaksa berpindah ke kediaman baru kerana tidak tahan dengan bunyi kambing biri-biri yang kerap menggaggu tidur mereka.

Pemain superstar yang berusia 36 tahun itu amat mementingkan rehat mencukupi untuk menjamin staminanya setiap kali perlawanan telah berpindah ke kediaman lain yang berharga lebih kurang £3 juta (RM17 juta) milik bekas bintang Man United.

Sumber berkata: “Walaupun rumahnya tersergam indah dan dikelilingi padang menghijau, ia terletak berdekatan dengan kawasan biri-biri yang sangat bis1ng pada awal pagi.

“Ronaldo seorang pemain profesional sebenar yang memerlukan banyak rehat untuk memulihkan tubuh selepas perlawanan, jadi keputusan terbaik ialah berpindah dari situ.”

Kediaman baharunya di Cheshire mempunyai kolam renang, bilik pawagam dan empat garaj kereta untuk menampatkan koleksi kereta mewahnya selain mempunyai kamera CCTV, pagar elektrik dan dipan-tau pengawal keselam-atan.

Ronaldo tampil cemerlang pada perlawanan pertamanya dengan menjaringkan dua gol ketika mene-waskan Newcastle United 4-1 pada Sabtu lalu dan satu gol ketika tewas 1-2 kepada Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara kelmarin.

 

 

 

Sumber:HM