Kenal hampir 20 tahun, Datin Marlia Musa b0ngkar kisah cinta Sherry Alhadad

Perkenalan antara pelakon senior, Datin Marlia Musa dengan pelakon dan pengacara yang serba boleh, Sherry Alhadad bermula sejak Sherry berusia 19 tahun lagi.

Menurut Marlia, sewaktu pertama kali dia bertemu dengan Sherry, sudah jelas terpancar keyakinan di wajahnya bahawa satu hari Sherry akan menjadi antara orang yang hebat di dalam industri seni tanah air.

Mengenali Sharifah Mariam dari beliau berusia 19 tahun. Saya dan @che_kem_ yang audition beliau. Berbaju kurung dia pagi tu. Yakin menjawab setiap soalan kami. Saya bagitahu dia ‘di dalam kelas saya, awak kena berguling dari corner ke corner, bole ke?’

Dengan suara yang terang dan tegas dia jawab ‘nak buat sekarang ke?’. Keyakinan beliau itulah yang terus menjadi semangatnya untuk menjadikan bidang seni ini sebagai sumber mata pencarian beliau,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi Datuk M. Nasir itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu,  Marlia turut memberi tahu, terdapat suatu hari Sherry sentiasa mengelak daripada berjumpa dengannya.

Setelah dipujuk, akhirnya dalam keadaan men.angis teresak-esak, Sherry menceritakan kepada Marlia yang dia sedang bersed1h kerana episod cinta remajanya yang tidak kesampaian.

“Hari ni doa saya pada Sharifah Mariam @sherry_alhadad semoga beliau terus berkerja keras demi mencapai cita-cita dan membahagiakan ibunya tercinta.

“Semoga cinta yang mu.snah angkara org ketiga dulu akan Allah gantikan dengan seorang lelaki yang beriman, yang menghormati serta menyayangi beliau dan ibunya. ,” kongsi Marlia lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur mendengar perk0ngsian Marlia.

Malah Sherry sendiri turut meniggalkan k0men buat rakannya itu .

Mum! Mengalir air mata bila baca catatan ni. U lah yang selalu ada masa I sudah dan senang. Yang menjaga ketika i di sekolah. Guru yang memberikan ilmunya dengan ikhlas sehingga menjadikan i pelajar terbaik fakulti. Dari panggilan cikgu, kakak dan kini mummy, apa yang kita tak buat bersama? Terima kasih Allah kerana temukan aku dengan seorang insan yang mulia. ,❤️ i love u mum❤️ 

Alahai , sweetnya bonding cikgu dan anak murid ni.Beruntung Sherry dikurniakan guru yang sporting dan sebaik Marlia.

Korang ada yang baik dengan cikgu macam ni tak? 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:MH