Nombor telefon dalam Squid Game benar-benar wujud buatkan pemilik nombor terima beribu panggilan sehari!

Drama bersiri Korea Selatan yang sedang hang.at ditayangkan di Netflix ketika ini, Squid Game,mungkin berdepan dengan tinda4kan undang-undang.

Siri tersebut mengisahkan sekumpulan individu yang terdes4k akibat keku-rangan wang, sanggup mengga.dai nyawa menyertai permainan berba.haya semata-mata untuk memenangi hadiah wang tunai.

Rancangan itu begitu popular hingga ia menjadi K-drama pertama yang mencapai nombor satu di carta Netflix di Amerika Syarikat.

Namun populariti rancangan itu telah menyus4hkan seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Mr A.

Dalam drama tersebut, terdapat babak di mana pelakon popular Gong Yoo, mengajak Sung Ki Hoon (dimainkan oleh Lee Jung Jae) untuk mengambil bahagian dalam permainan itu dengan memberinya kad kontak dengan nombor telefon.

Rupa-rupanya, nombor telefon tersebut adalah kepunyaan Mr. A dan sejak drama itu mula ditayangkan pada 17 September lalu di Netflix, Mr A sering menerima panggilan dan pesanan teks dari peminat drama tersebut.

Menurut Mr. A, dia telah menggunakan nombor telefon itu sejak lebih 10 tahun lalu dan kini, gara-gara Squid Game, dia mendapat panggilan siang dan malam sehingga menjej4s kehidupan hariannya.

Mr A menerima begitu banyak sekali panggilan  sehingga menyebabkan telefon beliau m4ti kerana keh4bisan bateri.

Malah kata Mr. A,dia perlu mem4dam lebih 4,000 nombor yang tidak dikenalinya.

“Pada awalnya saya tak tahu mengapa, kemudian kawan saya beritahu bahawa nombor saya muncul di Squid Game,” katanya.

Walaupun hanya ada lapan angka dalam nombor yang tertera, berbanding 10 atau 11 yang biasa, kru penerbitan membuat kesila-pan kerana hanya mem4dam tiga angka pertama, iaitu kod kawasan bandar, dan bukan nombor pertengahan atau hujung.

Akib4tnya, apabila seseorang mene.kan lapan nombor itu tanpa kod bandar, panggilan telefon akan tetap terhubung.

Netflix dalam satu kenyataan menyatakan mereka sedang menghubungi Mr. A dan bekerjasama dengan pasukan penerbit Siren Pictures, untuk menyelesaikan mas4lah itu.

Difahamkan atas kesil4pan tersebut Netflix boleh diden.da sehingga 50 juta won (S$57,400).

 

Sumber: Utusan