Lama tiada khabar berita, Soffi Jikan ded4h baru pulih dari sihir

AGAK lama tidak mendengar khabar pelakon yang terkenal dengan tagline ‘kasi seng4t’ ini.

Pernah mengumumkan sudah mer4juk dengan industri seni hiburan, Soffi Jikan rupanya melakukan pelbagai kerja demi kelangsungan hidup.

Daripada menjual rumah di bawah ejen Lagenda Properties, menjual dan rebiu produk, hinggalah ke iklan, Soffi meg4kui fokusnya kini pada perniagaan atas talian.

Sebelum berlakon pun, saya sudah berniaga. Sejak kecil lagi, Kuala Lumpur ini pun saya yang bangunkan. Bukan nak cakap besar. Dulu, saya pernah buat kerja pembekalan kayu satu ibu kota ini. Banyak kawasan setinggan yang saya rob0hkan untuk buat pembangunan. Pasar malam dan berniaga di kaki lima pun saya pernah buat.

“Pendek kata apa sahaja. Saya sanggup berhenti sebab benda macam inilah. Tak nak bergantung kepada satu mata pencarian yang tak boleh diharap. Betul, berlakon pun ada gaji. Tapi saya punya perjuangan nak royalti yang sama rata. Bukan untuk saya saja tapi semua.”

Contoh, saya main satu drama di saluran televisyen. Mereka tayang 2,000 kali pun, kita tak dapat royalti. Enam tahun, lima tahun ulang tayang cerita sama, orang macam saya dapat apa?

Sebab itu, saya berani berhenti berlakon dan umumkan sebelum ini. Tak nak berlakon di Malaysia ini sebab sistem ban-gang. Tidak mengangkat orang yang benar-benar bagus.Takkanlah Brad Pitt terima bayaran sama macam pelakon baru juga?”

Ujar pelakon berbakat besar ini lagi, ketika dahulu, dia tidak berapa mahir dengan pengendalian media s0sial seperti YouTube dan Instagram.

Namun selepas Covid-19 melanda,sedikit demi sedikit dia mula belajar menggunakan platform terbabit sebagai sumber pendapatan.

Soffi juga bercerita yang dia terkena sih1r hasil penilitian dari seorang rakannya.

Namun sebagai seorang Muslim yang sentiasa menjaga solat , Soffi berkata tiada apa yang perlu dit4kutkan dan yakinlah dengan Allah sahaja.

Saya dah lalui macam-macam. Zaman sus4h, zaman gelap. Makan minum tak ada. Minum air masak saja pernah, makan nasi lemak saja pun pernah. Pagi, tengah hari, malam, makan nasi lemak sebungkus saja sampai muntah. Sebulan makan itu sahaja, mun.tah! Saya tahu diri bukan anak senang. Dari kecil sampai sekarang, Tuhan itu tak bagi saya senang sangatlah, santai sahaja.

Sebab itu ketika saya dilanda kontr0versi sebelum ini, pendekatan mudah adalah bawa haluan sendiri.

Tahu ada orang c4ci, m4ki, h1na. Tapi apa yang orang buat tak pernah saya balas.Selagi ada tenaga ini, buatlah kerja bermanfaat.

Tak apalah saya pun tak nak cerita panjang. Saya pun tak tau siapa yang buat . Tapi cukup orang tahu, sekarang saya sihat dan Alhamdulillah”, ulas Soffi, penuh makna.

 

 

 

 

 

Sumber:Utusan