Walau terima bayaran lumayan berlakon filem, Laudya Cynthia Bella tetap gigih berbisnes!

Raut wajah serta pertuturan yang lembut  selebriti dari negara seberang, Laudya Cynthia Bella mampu membuatkan sesiapa sahaja terpesona dengan auranya.

Bersandarkan peribadi yang baik dan penampilan sopan seorang muslimah tidak hairanlah Bella menjadi inspirasi ramai peminat nya. 

Bella tidak hanya dikurniakan wajah cantik dan aura memukau, figura ini juga cukup berjaya dalam kariernya sebagai anak seni dan usahawan.

Dilahirkan pada 24 Februari 1988 di Bandung, Bella merupakan anak kepada pasangan Busye Amir dan Menny Setiaputri.

Memetik laporan portal IDN Times, penglibatan Bella dalam industri seni bermula sejak dia berusia 6 tahun. Dalam usia yang masih muda, Bella sudah didedahkan sebagai model.

Dalam satu lap0ran portal media Indonesia turut mended-ahkan aktres jelita ini menerima bayaran 900 juta Rupiah atau lebih RM262 ribu ketika membintangan filem Box Office ‘Surga Yang Tak Dirindukan 2. Wow! Banyak tu.

Sungguhpun begitu, walau meraih pendapatan lumayan dalam industri seni lakonan namun kini Bella lebih selesa mengusahakan beberapa cabang bisnes miliknya termasuk dalam bidang kulinari, fesyen, muslimah dan kosmetik.

Apa sahaja produk yang dipromosikan Bella pasti laris di pasaran. Antaranya perniagaan tudung dan produk muslimah ‘L by Laudya Cynthia Bella’, jualan kasut ‘Daily Darling’, produk makanan Bandung Makuta, perusahaan roti dan madu ‘Lhoney’.

Pendapatan yang diterima Bella juga tidak terhad sebagai pelakon, model dan usahawan. Malah, dia juga menjana pendapatan menerusi pelantikannya sebagai duta pelbagai produk dan turut  menjadi co founder The Shalala Apps iaitu aplikasi digital tentang kecantikan, fesyen dan gaya hidup muslimah. Mewah betul rezeki Bella!

Berkongsi pengalaman sebagai usahawan busana muslimah dan tudung, Bella berkata dia mengikut jejak langkah bapa tersayang yang pernah berkhidmat dalam bidang pembuatan tekstil.

“Awal dari yang tak kenal sekarang jadi lebih mengenal. Dari tak biasa dan sekarang terbiasa. MashaAllah kerana sekarang aku sudah merambah ke dunia fesyen. Akhirnya aku belajar banyak tentang bahan dan mesin-mesin yang membantu proses pembuatan L by Laudya Cynthia Bella.

Terima kasih papa. Dari kecil dikenalkan dengan bahan-bahan yang cantik. Kerana dulu papa kerja di salah satu perusahaan tekstil sekarang menurun ke anaknya. Hiburan aku ya main ke fabrik.”

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada 8 September 2017 namun berpisah pada bulan Julai 2020.

Semoga Bella terus berjaya di masa akan datang dan kekal dengan imej muslimah sejati. 

 

Kredit foto/Sumber: Instagram Laudya Cynthia Bella/N0na