Menetap di Dubai, Sasha Saidin sudah terima 4 dos vaksin

Lain padang lain belalang. Lain tempat lain caranya. Begitulah yang dialami penyanyi kumpulan Elite,Sasha Saidin,44, yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suaminya, Sirhan Wahab, 43, memberitahu, dia telah menerima 4 dos vaksin sejak Disember tahun lalu.

“Ya, saya telah su-ntik empat dos vaksin. Sinopharm dos pertama Disember 2020. Sinopharm dos kedua Januari 2021. Pfizer dos pertama dan kedua pada Ogos 2021,” tulisnya di Instagram.

Tambah Sasha, kes jagkitan Covid-19 di UAE juga menurun dengan mendadak dan berharap dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu tidak lama lagi.

“Syukur angka terbaharu k.es Covid di UAE purata seminggu sekitar 311 ke.s. Harap angka akan terus turun dan kehidupan akan kembali normal seperti sebelum Covid,” ujar Sasha.

Dalam pada itu, Sasha turut menjawab perso-alan peminat di Instagram yang bertanya tentang keperluan menyu-ntik pelbagai vaksin di dalam badan.

“Lebih baik bersedia daripada menang1s kemudian hari. Semuanya kehendak Allah.

“Saya percaya tidak wajib (untuk sun-tikan tambahan), tetapi digalakkan untuk menambah sunt-ikan vaksin kerana varian baru yang lebih agre.sif seperti Delta,” jawabnya.

Tambah kakak ipar kepada Rozita Che Wan itu lagi, vaksin di UAE turut diberi secara percuma sama seperti di Malaysia dan berharap orang ramai mengambil vaksin sebagai pertah-anan diri daripada viru.s Covid-19.

Sasha berpi.ndah Dubai selepas berkahwin dengan suaminya, Sirhan Wahab, seorang duda anak dua pada 20 Januari tahun lalu.

Take care and Stay safe Sasha!

Sumber: K0smo