Tidak tenggelam dalam dunia glamor dan kemasyhuran, Suri Cruise bebas dari ‘cerita panas’

Diam tak diam satu-satunya anak tunggal kepada pasangan selebriti Hollywood, Tom Cruise bersama Katie Holmes,Suri Cruise kini sudahpun berusia 15 tahun.

Dilahirkan pada 18 April 2006, lensa kamera paparazzi tidak pernah l4ri dari merakamkan wajah cantik Suri sejak kecil lagi.

Tidak seperti artis Hollywood lain, yang gemar menyembunyikan anak mereka dari menjadi tontonan umum, baik Katie ataupun Tom Cruise sendiri sering membawa Suri menghadiri sebarang acara sukan mahupun majlis anugerah.

Dari situ menunjukkan betapa eratnya ikatan Suri dengan kedua ibu bapanya sehinggalah apabila Katie mengumumkan pencera-iannya dengan bintang Mission Impossible itu  pada tahun 2012, Suri diletakkan di bawah penjagaan ibunya.

Epis0d hitam itu juga membuatkan Katie lebih menjaga privasi Suri dengan tidak lagi mended4hkannya kepada umum. 

Memetik perbualan bersama Town & Country pada tahun 2017,Katie meneg4skan tujuan dia berbuat demikian adalah kerana dia mahu puteri nya itu menikmati kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain.

Walaupun begitu, sosok Suri yang ada kalanya menghabiskan masa di tempat awam dapat juga dirakam oleh kamera paparazzi.

Suri yang dahulunya kanak-kanak comel kini sudah menjadi remaja. Gaya penampilan Suri dilihat persis ibunya, santai dan bersahaja. 

Menurut Katie,  Suri juga sudah mula menunjukkan minat dalam bidang lakonan.

Walaupun dibesarkan dalam keluarga bera-ntakan, ditambah pula dengan kepopulariti-an kedua ibu bapa nya, tidak  menjadikan Suri seorang yang li4r dan hanyvt dalam dunia glamor. 

Dalam satu temubual dengan tabl0id InStyle, Katie ada berkongsi tentang keperibadian anak perempuannya itu ,”Saya sangat menyayanginya. Tujuan terbesar saya adalah untuk memupuk keperibadiannya.

“Sejak dia kecil lagi saya melihat dia sudah 100% berkeyakinan. Dia sudah biasa melambai kan tangan ke arah kamera paparazzi setiap kali saya bermain bersama nya di taman.  Itu sudah cukup menjadi kan Suri sangat istimewa.”   

Manakala dalam temubual bersama The Daily Telegraph, Katie berkata. “Saya mengajar Suri dengan menghargai semua yang kita ada dan raikan ia dengan kesederhanaan daripada membuat makan malam bersama hinggalah  [menghabiskan] masa itu bersama.”

Wah, padanlah Suri kekal dengan imej bersih . Dari awal lagi ibunya sudah menekankan konsep sederhana walaupun mereka sememangnya dari keluarga yang dikenali satu dunia. Satu contoh yang baik, Katie! 

Adakah Suri bakal mengikuti jejak langkah kedua orang tuanya, sama-sama kita nantikan! 

 

 

 

 

Sumber: N0na