Usaha kanak-kanak 8 tahun jual hasil kerja sekolah untuk bantu orang ramai tarik perhatian Sultan Johor

Siapa sangka pada usia lapan tahun, seorang kanak-kanak lelaki menjadi inspirasi kepada orang ramai apabila beramal menerusi jualan karya hasil penulisan nya.

Mengambil masa sebulan untuk menghasilkan kisah ringkas yang bertajuk ‘A Mysteri0us W4r to the Deep’ yang juga sebenarnya tugasan dalam talian diberikan oleh gurunya, naskah itu
kemudian ditukarkan dalam format e-buku dan versi cetakan untuk dijual.

Hasilnya,beliau berjaya mengumpul sejumlah RM7,000 lalu diserahkan kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menjadikan kanak-kanak berkenaan, Krishh Haran Nair sebagai penyumbang termuda kepada yayasan berkenaan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, hasrat murni kanak-kanak itu boleh dijadikan contoh dan menjadi inspirasi.

Baginda bertitah, berasa kagum dengan kanak-kanak berkenaan dan ibu bapa mereka kerana membesarkan cahaya mata yang cerdik dan baik hati.

“Saya menghargai inisiatif yang kamu lakukan untuk membantu yang memerlukan dan usaha berkenaan boleh dijadikan contoh,” titah baginda.

Bapanya, Ramakrishnan Nair berkata, anaknya seorang yang penyayang dan sememangnya suka membantu golongan yang kurang bernasib baik sejak kecil.

“Misalnya, sebelum ini, dia pernah meminta kami membantu golongan kurang bernasib baik dan mena-ngis sehinggalah kami menghulurkan bantuan,” katanya menerusi hasil perkongsian di laman rasmi Facebook (fb) Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Ibunya, R Jayanthimarlin pula berkata, ia menjadi projek peribadi bagi anaknya yang gemar membantu orang su-sah sejak kecil.

“Ketika dia kecil, dia meminta suami membantu sekiranya terserempak orang kurang berkemampuan.

“Sebagai ibu bapa kami cuba untuk menyokong hasratnya itu dan tidak pernah menghalag,” katanya.

Dan yang terbaru,Krishh Haran berhasrat untuk mengumpul dana dan membantu orang ramai yang terjej-as akibat p4ndemik Covid-19 pula.

Orang ramai yang ingin menyokong inisiatif Krishh Haran dengan membeli buku ceritanya boleh menulis emel kepada jayanthimarlin@gmail.com untuk mendapat maklumat lanjut.

Sumber:HM