Menteri jawab isu nikah Erra Fazira

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita terdapat dak-waan daripada seorang pengguna Twitter kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira telah bernikah senyap-senyap dengan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan.

Menjawab pers0alan tersebut, menerusi lap0ran yang disiarkan oleh Astro Awani, Faizal mengesa-hkan bahawa berita tersebut adalah palsu semata-mata.

Malah Faizal turut menyifatkan tind-akan individu yang menu-larkan di laman Twitter itu sebagai sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Erra juga turut menepis dakw-aan tersebut dengan memuatnaik foto terkini nya berbasikal bersama rakan-rakannya . Dalam kapsyen yang ditulis turut berkias akan sikap mereka yang bercakap mengenai perkara yang tidak benar.

“Apooooo(Apa)..tak habis-habis cerita pasal kahwin ini. Apa pun, orang suka untuk berkata, jadi biarkan mereka seronok dengan berkata-kata” tulis Erra.

Sekadar info, Faizal yang berasal daripada Ipoh, Perak telah berkahwin dengan Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Dato’ Mohammed Radzib dan dikurniakan dua cahaya mata.

 

 

Sumber: Mur4i