Gmie Screen berkerusi roda, bergantung hidup pada duit simpanan semata

Lama tanpa khabar berita,vokalis kumpulan Screen Gmie atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim, 52, mended4hkan yang dia mengh1dap peyakit nefrotik sindrom sejak tahun lalu.

Terbaru Gmie berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI atas kesudian menghulurkan bantuan kepadanya baru-baru ini.

“Alhamdulillah,ramai hadir membantu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) setelah tahu saya sa-kit.

“Kini karier nyanyian terhenti dan bergantung kepada wang simpanan sepanjang saya bekerja lebih 30 tahun serta anak-anak,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Terdahulu MBI diketuai Ketua Tanggungjawab S0sial Korporat (CSR) Ahmad Azri Zainal Nor tampil menghulurkan bantuan kewangan berjumlah RM1,000 dan bakul makanan kepada Gmie di kediamannya di Sijangkang di sini.

Menceritakan lanjut, Gmie yang pernah menyertai rancangan Gegar Vaganza berkata beliau hanya mengetahui menghidap peyakit itu ketika berasa lemah pada kaki.

“Ketika itu, kaki lemah dan tidak boleh bergerak, apabila bergerak dan hendak naik tangga susah serta berat.

“Saya pergi ke h0spital dan terus ditahan di w4d. Ini adalah uji-an diberikan Allah dan saya reda serta menerima seadanya selain sedang mendapatkan pelbagai raw-atan,” katanya.

 

Sumber: Selangorkini