“Mek dah siap buat kenduri, sanggup tidur bergelap atas lantai rumah”

Kita hanya merancang. Allah jua yang menentukan. Seorang warga emas, Kelthom Samat, 73,tidak sempat merasmikan rumah barunya apabila dia dis4hkan meniggal dunia pada Jumaat lepas (8 Oktober) selepas mengalami ciri1-b1rit selama beberapa hari.

Anak sulungya, Laila Abdul Rahman, 56 berkata, ibunya yang mesra dipanggil Mek itu sebelum ini men0lak untuk tinggal bersamanya dan berke-ras untuk tinggal di rumah yang sedang dalam proses pembinaan itu walaupun dia terpaksa hidup dalam bergelap.

Rumah itu dibina oleh badan bukan kerajaan , MyFundAction dibawah projek Rumah Impian selepas rumah Mek terba-kar pada Mac lalu akib-at lintar pintas.

“Masa Mek masuk rumah tu lantai berbatu tak bersimen pun lagi, dinding tak plaster, tingkap tak pasang, elektrik pun tak ada.

“Tapi Mek berke-ras nak duduk rumah tu sebab rumah tu dibina atas tapak rumah asal yang juga tanah hasil usaha dia dengan arw-ah ayah yang telah lama meniggal disebabkan Tibbi.

“Akak sempat teman dia tidur atas tanah ni, nasib ada tikar orang bagi teman dia sebab dia nak sangat duduk sini jadi kita pakai pelita,” katanya yang menetap di Felda Palong 2, Gemas, Negeri Sembilan.

Laila yang ditemui sewaktu majlis penyerahan kunci pada Khamis, 14 Oktober berkata, dia terk1lan kerana ibunya tidak menerima sendiri kunci rumah dua bilik yang dibina dengan kos mencecah RM50,000 ini.

“Rasa se-dih sangat sebab Mek dah semangat nak duduk rumah baru tu tapi tak sempat terima kunci.

“Dia dah buat majlis doa selamat, makan-makan walaupun rumah tak lengkap lagi,” katanya.

Kini, Mohamad Hasim Mohamad Hesan, 30, cucu yang menjaga Mek ketika masih hidup memikul tanggungjawab menjaga rumah tersebut bersama lima anaknya.

Sementara itu pengurus Projek Rumah Impian, Lenny Noor Diana, 30, rumah tersebut dijadualkan siap sepenuhnya pada Jun lalu namun disebabkan Peri-ntah Kaw4lan Perg-erakan, rumah tersebut tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya.

 

Sumber:Mstar