Gara-gara tegur penggunaan ‘Sir’, penyanyi Anna Raffali dikata agungkan mat salih

“Tolong hapu-skan penggunaan ‘Sir’ (masukkan nama orang) ketika memanggil cikgu atau pensyarah lelaki melainkan mereka telah menerima anugerah kesatria daripada Ratu England” – itu teguran dari penyanyi Ana Raffali sehigga dia tervk dikec4m segelintir netizen.

Ana Raffali yang kini bertugas sebgai guru bahasa Inggeris menegur kesa-lahan yang sudah menjadi amalan lazim di sekolah-sekolah.

Lantaran teguran itu, pemilik nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali dilabel sebagai seorang yang terlalu mengagung-agungkan bahasa asing.

Ujar Ana, penggunaan ganti nama ‘Sir’ sebagai salutasi atau protokol yang dibudayakan di sekolah bagi guru lelaki sebenarnya tidak betul.

“Boleh gunakan ‘En.’ atau ‘Mr.’ dengan yakin atau ‘Dr.’, ‘Prof.’, ‘Datuk’, ‘Datin’, ‘Tan Sri’ dan sebagainya,” ciap Ana di laman S0sial Twitter.

Kata pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku itu lagi, sebagai guru bahasa Inggeris, dia berasa bertanggungjawab untuk membetulkan kesa-lahan yang sudah lama menjadi satu amalan penggunaan bahasa ketika ini.

“Maaf, saya guru bahasa Inggeris. Kita kena biasakan yang betul. Benda mudah, kalau nak panggil sesiapa pun ‘Sir’, silakan. Cuma jangan guna bersama dengan nama pertama dia.

“Contohnya, have a great day, sir! (betul). Have a great day, Sir Ahmad! (salah),” ciap Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-25 itu.

Disebabkan rajutan panjang lebar yang dimuat naik Ana berkenaan kesa-lahan yang menjadi amalan ramai itu, ada yang melabelkan dirinya suka berdrama dan memanjangkan perkara remeh.

“Kenyataan anda (Ana) memang betul. Pelik kalau ada mat salih akan tanya ‘why are there so many people who received a knighthood in Malaysia‘ (mengapa ramai orang yang terima anugerah kesatria di Malaysia?).”

“Kuat dramalah awak ini,” ciap seorang netizen yang menegur tind-akan Ana seperti suka memanjang-manjangkan sesuatu isu berkenaan budaya salutasi yang menjadi praktis di Malaysia terutama di sekolah.

Ana membalas: “Itu bukan perkara atau isi utama ciapan (saya). Saya hanya berkongsi penggunaan yang betul untuk perkataan yang dimaksudkan (Sir).

“Yang lain-lain hanya perincian sokongan sama ada untuk diterima atau tidak.”

Steady la Ana, rilek je jawab. Tak melenting pun..

Sekadar maklumat, kalau mengikut sifir atau ‘undang-undang’ nahu bahasa Inggeris, salutasi formal perkataan ‘Sir’ tidak sepatutnya digunakan bersama nama orang tetapi perkara itu selalu menjadi amalan di kebanyakan sekolah di negara ini.

Sumber:K0smo