Pelakon wanita Kampong Pisang Bersiri-siri jadi mangsa panas baran suami, anak turut dipukul

PERGAD-UHAN antara pelakon wanita dengan suaminya yang juga seorang mualaf sampai ke kemuncak apabila dia membuat lap0ran polis atas dakw-aan  memukul anak.

Ketua P0lis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima lap0ran polis berhubung kes berkenaan pada Ahad lalu.

Peng-adu merupakan salah seorang pelakon drama Kampong Pisang Bersiri-siri arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Menurut Ashari, kejadian dipercayai berlaku awal pagi pada 31 Oktober dan suami peng4du yang dibawah pengaruh alkohol telah melempang anak mereka yang cuba membantu peng4du yang dikasari.

Berdasarkan siasatan awal mangsa yang berusia sembilan tahun mengalami keced-eraan di pipi dan telinga akibat dilemp4ng.

Suspek yang berusia 35 tahun itu dita-han reman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Jumaat.

Tambah Ashari, pihaknya difahamkan kejadian ini bukan kali pertama berlaku terhadap pelakon berkenaan.

“Peng4du pernah dip-ukul sebelum ini oleh suaminya yang panas baran namun tidak mahu mengambil tind-akan kerana fikirkan nasib anak mereka,” katanya.

Pelakon wanita yang berusia 41 tahun berkenaan mendirikan rumah tangga dengan su-spek pada 2011 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Bagaimanapun pelakon berkenaan ketika dihubungi eng-gan memberikan sebarang k0men .

 

 

 

Sumber:mstar