Pertaruh 13 jenis acar ciptaan sendiri, bisnes Raja Ema dapat perhatian hingga ke Eropah

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar pelakon dan penyanyi popular era 90an, Raja Ema.

Kali terakhir Raja Ema aktif di layar perak ialah ketika melakonkan watak Zaidah dalam filem Keluarga Iskandar The Movie yang ditayangkan sekitar tahun 2020. 

Sejak itu, Raja Ema atau Kekma seolah hilag dari radar dunia seni. Rupa-rupanya kehilgan pelakon senior ini bukanlah kos0ng semata-mata. 

Beliau kini lig.at berniaga antaranya menjadi pengusaha produk Acar Premium & Hipster RE, biskut raya dan lipmatte RE.

Dan produk yang paling mendapat perhatian ialah acar buah yang merupakan resepi tradisi keluarga Raja Ema.

Selain dipasarkan dalam talian dan portal Shopee, Raja Ema bertuah kerana sudah  mempunyai pelanggan tetap yang menggemari acar buahnya.

Lantaran sudah terdapat pelbagai jenama acar di pasaran, dan untuk membuat pelanggan setianya tidak ‘l4ri’ ke jenama lain, Raja Ema menbuat inovasi dengan menghasilkan 13 jenis acar pelbagai rasa  antaranya Acar Buah Peach, Acar Buah Strawberi, Acar Ikan Masin Jeruk Salak,Acar Ikan Masin Nenas dan Acar Ikan Masin Petai.

Menurut Raja Ema lagi, kesemua acar ini mampu bertahan hingga enam bulan.

Mengenai cara penyediaannya pula, menurut penyanyi Jejaka Idaman ini, cara memasak acar sememangnya remeh dan memakan masa.

A.pi tidak boleh besar dan bahan-bahan tersebut perlu dika.cau atas kuali selama 3-4 jam. 

Tambah beliau lagi, acar nya menggunakan penga.wet semuladi,-minyak sawit olein bebas kolester0l yang kaya dengan Vitamin E. 

Maka pengguna juga boleh ‘mengkitar-semula’ minyak di dalam acarnya itu sebagai bahan untuk membuat nasi goreng. Wah, menarik! 

Bukan hanya jaguh di tempat sendiri, perniagaan Raja Ema semakin berkembang pesat apabila semakin ramai ejen dilantik untuk memasarkan produk acar nya itu.

Terkini, peminat-peminat acar di Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara Scandinavia juga boleh memesan selepas beliau melantik beberapa ejen khas di sana.

Menurut Raja Ema lagi, beliau tidak menang tangan menyiapkan tempahan lebih – lebih lagi pada bulan puasa, kerana acar sememangnya mudah dan lazat  dimakan dengan nasi ketika waktu berbuka mahupun sahur.

Walaupun kini sudah berhijrah ke Melaka dan meniggalkan kerjaya artis demi perniagaan ini, personaliti Raja Ema yang mesra pelanggan dan peramah turut menyumbang peningkatan jualan acar nya.  

Semoga Raja Ema terus sukses di masa akan datang.

 

 

 

 

 

Sumber:N0na