5 tahun bersendiri, Nora akhirnya pilih pendidik sebagai bakal suami

“Bila masa sesuai saya akan beritahu. Tunggulah nanti, Alhamdulillah, anak-anak okay, mereka berlapang dada menerima dengan hati terbuka,” itu jawapan yang diberikan  oleh penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin ketika ditanyakan wartawan bilakah dia akan mengak.hiri zaman solonya.

Umum mengetahui,pelantun lagu “Di Persimpangan Dilema” itu hidup bersendirian selepas kehil.angan suami tercinta, komposer Johan Nawawi yang meniggal dunia lima tahun lalu kerana seragan jantung.

Nora atau nama sebenarnya Wan Noraafiza Datuk Ariffin, 48, berkata, lelaki yang mahu memperisterikannya itu bukanlah seorang ahli politik, sebaliknya jelas Nora, merupakan seorang pendidik.

Bagaimanapun, Nora masih belum mahu mende.dahkan tarikh hari bahagianya itu dan memberitahu bersedia berk0ngsi dengan peminat apabila tiba waktunya nanti.

“Insya-Allah dalam masa terdekat (akan berkahwin) dalam tahun ini, benda baik buat apa nak s0rok. Doakan yang baik-baik, benda baik tak perlu dilambatkan dan perlu dipercepatkan.

Selepas melalui pelbagai fasa uj.ian dalam kehidupannya selepas kehilgan Johan, Nora berkata dia sekeluarga mahu mengecapi bahagia dan kehidupan berkeluarga yang lengkap.

“Kita pun bukan budak-budak muda, banyak benda perlu dipertimba.ngkan dan lebih memikirkan masa depan,” ulas penyanyi ini lagi.

Sebelum ini Nora did4kwa telah bernikah dengan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di selatan Thailand, namun dina.fikan oleh penyanyi itu.

 

Sumber:Utusan