Orang Singapura memang terbaiklah!

Betullah orang kata, demi cinta, lautan a.pi pun sanggup direnangi. Tapi buat pasangan dari Malaysia ini, mereka telah sama-sama ‘berenang’ ke seberang tambak negara Singapura terlebih dahulu sebelum bertemu jodoh dan melangsungkan pernikahan di sana.

BERITAmediacorp melap0rkan, Muhammad Shafiq Zahari dan Norshadah Abdullah, masing-masing berasal dari Johor Bahru dan Terengganu bertemu di negara berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Setelah hampir setahun menyulam cinta, Norshadah yang sudah dua tahun bekerja di negara itu berkata, mereka membuat keputusan untuk bernikah.

Bagaimanapun, kerana ke.s Covid19 yang masih tinggi di Terengganu, mereka memut.uskan untuk berkahwin di Singapura, jauh dari keluarga tersayang.

Tambahan pula, jika ingin bernikah di Malaysia, mereka perlu mengambil cuti panjang kerana perlu menjalani kuar.antin di kedua-dua negara.

Walaupun keluarganya agak keberatan pada mulanya, namun akhirnya mereka merestui keputusan yang dibuat oleh Shafiq dan Norshadah.

Ketika ditanya mengapa tidak menunggu VTL (Laluan Perjalanan Orang Sudah Divaksin Singapura-Malaysia) yang telah diumumkan kerajaan semiggu lalu,mereka berkata segala persiapan telah dibuat di sini. (Singapura)

“Tak boleh sebab semuanya sudah siap. Jadi kami teruskan sahaja urusan di sini. Nanti ada rezeki kita balik sana, kita buat lagi majlis dengan keluarga dan kawan-kawan di Malaysia,” katanya seperti dilap0rkan menerusi BERITAmediacorp.

Selain itu mereka juga mengambil kira faktor k0s yang lebih murah kerana tidak memerlukan k0s penerbangan dan kuarantin serta majlis perkahwinan.

Sebaliknya, k0s yang dibelanjakan Muhammad Shafiq dan Norshadah untuk bernikah di Masjid Darussalam di Singapura adalah kira-kira 1,000 dolar Singapura (kira-kira RM3,075) sahaja.

Norshadah berkata, masjid berkenaan banyak membantu urusan pernikahan mereka dan bersyukur semuanya dipermudahkan.

“Mereka beritahu macam mana nak lakukan tempahan di masjid. Ada juga ustaz yang banyak membantu. Memang terbaiklah.

“Saya rasa sebagai orang luar macam kami, macam terharulah. Sebab mempermudahkan urusan kami,” katanya lagi.

Apapun, warga DTK mengucapkan tahniah buat Shafiq dan Norshadah. Tak kisahlah nikah di Singapura atau Malaysia, yang penting dah dapat restu keluarga. Itu yang paling utama!

 

 

Sumber:HM