Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia ,Michelle Yeoh turun padang

Ternyata musibah banjir yang melanda negara bukan sahaja mendapat perhatian rakyat tempatan, tetapi juga buat rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

Seperti yang dilap0rkan Harian Metro, bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh turut turun padang membantu magsa banjir dengan menyertai kerja-kerja pembersihan di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Bukan sahaja terlibat dalam kerja-kerja pembersihan, pelakon antarabangsa itu turut menyalurkan bantuan buat magsa banjir di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2.

Dalam hantaran pengguna Instagram @jameswastaken_5529 menyaksikan Michelle tiba dengan helikopter yang mendarat di perkarangan sekolah itu.

“Ia sesuatu yang luar biasa melihat ramai sukarelawan yang turun padang untuk membantu. Lebih mengej.utkan adalah apabila selebriti seperti Michelle Yeoh turut serta menyalurkan bantuan. Selamat hari Krismas!” tulis pengguna Instagram itu.

 

Pengguna Instagram itu juga turut berkongsi foto kenangan bersama Michelle dan sukarelawan yang terbabit.

Di Instagram Story, akaun Instagram sama turut memuat naik beberapa foto kemunculan Michelle.

Michelle yang juga pelakon filem Shang-chi and The Legends of the Ten Rings dan Crazy Rich Asian itu hadir bersama tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan.

 

 

 

Sumber:Harian metr0