Makhluk halus masih berminat, remaja dinasihat berpindah demi keselamatan

Susulan remaja berusia 13 tahun yang hil4ng 30 jam dalam kejadian 12 Januari lalu yang dipercayai dis0rok makhluk halus di sebatang pokok terap yang terletak kira-kira 40 meter dari rumahnya berkata, selepas ini dia tidak lagi akan membu-ang air kecil di kawasan semak.

Cerita remaja itu,Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, sepanjang hil4ng, dia tidak mengingati apa yang berlaku pada dirinya selain berasa hanya seperti tertidur selama satu jam dan ditemukan penduduk kampung.

Bapa saudara Azim, Azizul Rahman Hamzah, 46, ketika dihubungi berkata, sejak dua hari lalu, Azim sudah berada di bawah jagaan bapa kandungnya di Machang dan tidak lagi tiggal di kampung tersebut.

Menurut Azizul, per4wat yang membantu pr0ses mencari anak buahnya itu berkata, makhluk halus di kawasan itu dipercayai ‘masih berminat’ dengan Azim, maka Azim tidak digalakkan untuk tiggal lagi di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang kerana bimbag diambil sekali lagi oleh makhluk berkenaan.

Ibu Azim pula, Khairul Nisyab Hamzah, 45, berkata, dia bersyukur apabila anak bongsu daripada empat beradik itu semakin pu-lih semangatnya.

Katanya, selain meminta pertolongan pihak berkuasa dan orang kampung, dia turut menggunakan khidmat lapan orang pengamal perubatan Islam bagi mengesa-n jejak anaknya.

“Kumpulan pengamal perub-atan mengatakan Azim berada di kawasan pokok terap itu dan pelbagai cara dilakukan termasuklah membaca al-Quran dan mengalunkan azan.

“Akhirnya, selepas pengamal perub-atan itu berunding dengan makhluk halus itu, tidak lama kemudian Azim ditemukan seorang penduduk di sebuah jambatan kira-kira dua kilometer dari rumah dalam keadaan lemah serta kebingungan,” katanya.

Kata Khairul Nisyab, mereka tinggal di kampung itu sejak 20 tahun dan ini kejadian pertama menimpa anaknya.

“Beberapa tahun lalu, terdapat seorang anak Orang Asli di kampung ini yang hil4ng disor0k makhluk halus, namun berjaya ditemukan semula.

Penduduk percaya kejadian orang hilag secara m1steri dan dikembalikan dalam keadaan lem4h kerana dipercayai menjadi laluan ker4mat alam gh4ib,” katanya.

Tambahnya, pokok terap tumbuh di situ sebelum mereka sekeluarga tinggal di kawasan itu.

Katanya, mereka tidak meny4ngka pokok terap setinggi sembilan meter itu dihuni makhluk halus.

Sumber:UM