Koleksi kenderaan mewah Sultan Brunei lebih RM 20 bilion, lebih mahal dari kelab Manchester United!

Siapa yang tidak kenal dengan Sultan Brunei, antara pemimpin yang terkaya di dunia.

Baru-baru ini ,Daily Star, sebuah p0rtal antarabangsa melap0rkan koleksi kereta mewah yang dimiliki oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bernilai lebih daripada keseluruhan kelab bola sepak, Manchester United. Wow, hebatnya!

Sultan Hassanal mempunyai sebanyak 600 buah kereta Rolls Royces, lebih 570 kereta Mercedes-Benz, lebih 450 kereta Ferrari dan lebih 380 kereta Bentley di garajnya yang dianggarkan jumlah keseluruhan kenderaan terbabit bernilai empat bilion pound atau bersamaan dengan RM22.57 bilion!

 

Semtara Manchester United atau sinonim dengan gelaran Red Dev.ils yang merupakan antara skuad paling berharga di dunia pula dilap0rkan cuma bernilai sekitar 3.08 bilion pound (RM17.38 bilion). Jauh beza tu.

Sultan Hassanal memiliki nilai kekayaan bersih sekitar 13 bilion pound (RM73.36 bilion).

Anak saudara Sultan Hassanal iaitu Faiq Bolkiah merupakan pemain bola sepak yang dianggap paling kaya di dunia.

Sebelum ini, Faiq, 23, pernah bermain untuk skuad Chelsea dan Leicester City.

 

 

 

Sumber:UM