Ini sebabnya kita dianjurkan berdoa ketika mendengar ayam berkokok

Samada di bandar mahupun di kampung, pasti ramai di antara kita pernah mendengar ayam jantan berkokok tidak kiralah sama ada pada waktu siang ataupun malam.

Namun jangan terkejut ya, bahawa ayam itu berkokok ada membawa petanda tersendiri. Difahamkan setiap kali ayam jantan itu berkokok, ia menandakan yang ia sedang melihat malaikat.

Perkara ini dis4hkan sahih seperti yang dik0ngsi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebo0knya.

Menurut Dr Zulkifli ayam jantan berkokok kerana haiwan itu melihat malaikat adalah benar sebagaimana Rasulullah SAW menyebutnya di dalam satu hadith yang sahih.

Justeru katanya, kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT ketika kehadiran malaikat dengan harapan moga-moga Malaikat mengaminkan segala doa kita.

“Rasulullah SAW menjadikan bunyi kokok ayam jantan, sebagai tanda kebaikan, iaitu datangnya Malaikat dan kita dianjurkan berdoa.

“Hal ini menunjukkkan keistimewaan ayam jantan,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Zulkifli berkata, ayam jantan turut memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki binatang lain, iaitu ia mengetahui perubahan waktu di malam hari.

“Dia berkokok di waktu yang tepat dan tidak pernah ketingalan. Dia berkokok sebelum subuh dan selepas subuh, ia tidak pernah tersalah waktu.

“Sama ada pada malamnya yang panjang atau yang singkat. Oleh sebab itu, sebahagian ulama’ Syafi’iyah memfatwakan untuk berpegang bahawa ayam jantan mujarab dalam menentukan waktu,”ujarnya.

Sehubungan itu kata Zulkifli, kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin dari Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun mereka kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita.
Insya Allah!

Sumber:K! Online