Selalu beri makanan, jiran yakin dua beradik m4ut bukan sebab makan sisa sampah

Hanya mahu dikenali sebagai Pak Su Kasim, 42, sukar mempercayai kem4tian dua beradik warga Myanmar yang m4ut selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, di sini petang kelmarin, adalah kerana mereka lapar.

Ujar Pak Su kedua beradik itu sering diberi makan dan minuman oleh jiran-jiran berdekatan, malah badan mereka agak gempal.

“Saya sendiri hampir setiap hari beri mereka wang belanja, sesekali beri kuih untuk mereka alas perut,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Tambah Pak Su lagi, dua beradik lelaki itu sebenarnya hidup terbiar dan sering kelihatan berkeliaran serta bermain berhampiran tong sampah besar yang letaknya cuma kira-kira 20 meter di hadapan rumahnya.

“Memang agak musykil dengan kejadian itu, saya tidak pernah lihat mereka menyelongkar tong sampah itu dan yakin kejadian ini bukan kerana mereka lapar. Saya pun tak pasti sisa makanan dimakan mereka kerana tong sampah sama turut disel0ngkar monyet liar, tetapi kami tidak pernah lihat bangkai monyet di kawasan ini,” katanya.

Katanya, makan minum dan tempat tinggal kanak-kanak itu adalah atas ihsan jiran yang prihatin serta kasihan melihat keadaan mereka yang terabai.

Pak Su Kasim yang menetap di kawasan itu lebih 20 tahun, berkata dua beradik terbabit dan bapa mereka adalah orang baharu yang tinggal di kawasan berkenaan, hidup merempat dengan menumpang rumah penduduk, manakala ibu kanak-kanak itu telah lama menghilagkan diri.

“Saya dan isteri tak boleh tidur malam tadi mengenangkan penderitaan dua kanak-kanak itu yang berhadapan saat kematian yang tidak disangka seperti itu,” katanya menambah, dia dan isteri juga pernah menyatakan hasrat untuk mengambil dua beradik itu sebagai anak angkat, tetapi tidak direstui bapa mereka.

Kanak-kanak malag itu dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan adiknya, Ngei, 2, dilap0rkan meniggal dunia di rumah jiran berhampiran tong sampah berkenaan pada jam 5.40 petang semalam.

Terdahulu, bapa mereka menemui dua anaknya itu di kawasan berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih sebelum dibawa ke rumah jiran.

Sumber:BH