Sembuh dari str0k otak, Nadia (Salam Untuk Kekasih) mahu diingati dengan ‘Insaf’

Walaupun dirakam pada tahun 1996,lagu “Salam Untuk Kekasih” masih malar segar sehingga kini.

Kali terakhir pelantun lagu ini,Nadia atau kini mahu dikenali sebagai Nadia Ali muncul di persada seni suara ialah sekitar tahun 2014, ketika menyertai Gegar Vaganza 1.

Lama menyepi, Nadia Ali kembali dengan single terbaharu berjudul Insaf.

“Kalau saya meniggal dunia semasa saya s4kit sebelum ini, orang akan ingat saya dengan lagu Salam Untuk Kekasih.

Namun dengan adanya lagu Insaf, kalau berlaku apa-apa orang akan kenang saya dengan lagu ini dan ia sangat baik. Semoga lagu ini diterima Allah sebagai satu amalan,”itu ulas Nadia ketika ditanya akan ‘kelahiran’ Insaf.

Rupa-rupanya, Nadia, 50, baru sahaja diu-ji dengan peyakit strok otak yang krit1kal enam bulan lalu, namun bersyukur dapat pulih dalam tempoh yang agak cepat.

“Saya ketika itu berada dalam keadaan sihat dan nak buat satu program untuk radio secara strim. Tiba-tiba saya tak boleh berdiri. Manakala otak dengan mulut tidak boleh berhubung. Nak cakap benda lain tapi yang keluar dimulut lain.

“Saya dimasukkan ke Unit Raw4tan Rapi (ICU) di h0spital selama beberapa hari sebelum dipindahkan ke w4d biasa. Alhamdulillah pemu-lihan saya sekarang sudah 80 peratus,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Ujar penyanyi bersuara serak-serak basah ini lagi, kali ini dia tidak akan
mensia-siakan hidup dan jaga kesi-hatan sebaiknya.

Malah Nadia kini amat menjaga makan ubat k0lesterol dan d4rah tinggi serta membuat pemer-iksaan kesih4tan pada setiap bulan.

“Saya tak berniat mencari untung wang ringgit dari lagu ini kecuali mengharapkan ia diterima sebagai satu amal untuk saya menjawab di akhirat nanti dengan bakat yang ada.

“Dengan rendah hati, saya berharap ia diterima Allah sebagai satu amal,” katanya sambil men4ngis.

Nadia yang bergelar pengusaha hotel di Sipitang, Sabah berkata, dia bersyukur Allah memberinya peluang untuk terus bernafas.

Nadia yang hidup ditemani sepasang anak yang meningkat dewasa menghasilkan sendiri lagu ini sepenuhnya, manakala Julfekar bertindak sebagai penerbit.

 

 

 

 

Sumber:HM