Identiti wanita cantik jual pau viral akhirnya terb0ngkar, ramai tak sangka dia orangnya

Sebelum ini, tvlar sebuah video TikTok memperlihatkan wanita cantik sedang berniaga pau dik0ngsi oleh seorang individu. Rata-rata netizen memuji ketabahan wanita penjual pau itu kerana sanggup berpanas demi mencari rezeki.

“Cantik tapi sanggup berpanas demi rezeki.

“MasyaAllah cantiknya, semoga Allah pelihara akhlak dan imannya sentiasa.

“Kirim salam pada wanita itu. Bidadari mana ni? Kalau dekat, hari-hari saya beli pau kat dia,” ujar netizen.

 

Setelah diselidiki, rupa-rupanya ‘bidadari’ tersebut ialah anak kepada penyanyi dangdut terkenal Shida iaitu Bienda. Bienda mended4hkan gara-gara video tersebut dia dihubungi ramai pihak yang menyagka dia kini berdepan kesuka-ran hidup.

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Nor Razlinda Razli, 37, berkata, status sebagai seorang selebriti bukanlah hal-angan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu.

“Betul, memang ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup sus-ah kerana berniaga pau di tepi jalan?

“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.

“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong.

“Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Bienda yang pernah p0pular dengan lagu Penantian ini, berkata, usaha yang dilakukan itu sedikit sebanyak memberi galakan kepada orang ramai yang kehil4ngan pekerjaan untuk memulakan perniagaan.

Selain itu dia yang turut mempunyai perniagaan tudung jenama sendiri mengakui suk4r memasarkan produk dalam acara-acara jualan besar seperti sebelum ini.

“Diseb4bkan p4ndemik, tak banyak acara jualan yang berlangsung. Jadi perniagaan tudung saya hanya dilakukan secara atas talian sahaja.

“Saya juga mengharap dengan perniagaan pau ini dapat memberi galakan mereka yang kehil4ngan kerja untuk cuba berniaga kerana memang boleh buat duit,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia juga tidak meyangka perniagaan yang diusahakan sejak hujung Disember 2021 semakin mendapat sambutan. Malah ada peminat yang jauh sanggup datang untuk merasa sendiri pau jualan Bienda.

“Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya gunakan untuk tujuan promosi.

“Selain itu saya galakkan juga peminat yang berada di luar Kuala Lumpur untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka.

“Melihat susah-payah peniaga kecil lain mempromosikan produk mereka seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya,” ujarnya.

Untuk info, Bienda mendirikan rumah tangga dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada Oktober 2009 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lavienda Namiraz serta Laxiendra Namiraz.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mst4r